6 Khasiat Herba Tradisional Untuk Kecantikan Dan Kesihatan


- 27 Feb 16
View 1,983 : Today 1

Kebanyakan wanita gemar mahu kelihatan cantik secara semulajadi. Disebabkan itu, mereka sering mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kecantikan samada untuk wajah, rambut, iras jari, awet muda dan sebagainya. Malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.

Advertisement

Jangan terkejut kerana kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada kulit. Persoalannya ialah apakah cara paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri?

Jawapannya ada di dalam herba-herba tradisional. Walaupun generasi kini kurang peka dengan khasiat herba- herba tradisional, namun ianya telah digunakan sejak dulu lagi. Orang-orang tua dahulu sememangnya menggunakan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Sebenarnya, khasiat dari herba-herba tradisional seperti halia bara, lengkuas dan buah pala mudah didapati. Ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan di dalam masakan tetapi juga dijadikan merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.

Herba-herba tradisional seperti halia bara, serai, limau purut, lengkuas, dan avokado pula sudah diakui setanding dengan perubatan moden. Berikut disenaraikan 6 khasiat herba yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.

 

1. Lengkuas

lengkuas

Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga.

2. Limau Purut

Limau

Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

3. Serai

Serai

Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.

4. Halia

Halia

Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

5. Avokado

Avokado

Menurut kajian yang dilakukan di Wesley Medical Centre, Brisbane, avokado bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K. Selain itu ia juga mengandungi antioksidan untuk mengelak daripada penyakit radang sendi. Kandungan asid foliknya pula dapat membantu mengelakkan serangan sakit jantung dan kanser.

Avokado juga bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakit lenguh-lenguh tulang.

6. Daun Bidara

Daun Bidara

Daun bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.

Sumber

 

Advertisement