Rawat Kanser Dengan Anggur


- 1 Mar 16
View 508 : Today 1

Kanser dah bukan benda asing. Pelbagai jenis kanser ada dijumpai sekarang. Jika kita ke hospital, banyak kita jumpa mereka yang terkena kanser, malahan anak kecil pun.

Advertisement

Kanser memang jadi antara penyebab kematian di Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan. Sesiapa sahaja boleh kena kanser.

Video di atas menunjukkan bagaimana sel kanser boleh bermula. 

Badan kita terdiri daripada 100 juta juta sel. Kanser boleh bermula apabila salah seorang daripadanya mula berkembang dan bertambah terlalu banyak.

Pertumbuhan ini yang menghasilkan tumor. Ada jenis tumor yang tidak bahaya. Namanya Tumor Benigna

Kanser dari tumor yang berbahaya mempunyai ciri berikut:

  • Biasanya berkembang lebih cepat daripada tumor benigna.
  • Merebak ke dalam tisu dan merosakkan tisu sekelilingnya.
  • Boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain dalam aliran darah termasuk sistem limfa untuk membentuk tumor sekunder. Cara kanser merebak ke bahagian-bahagian badan dipanggil metastasis.

slide_16

Anggur Boleh Rawat Kanser?

Terdapat sejenis anggur yang ada sifat anti kanser iaitu Anggur Muscadine. Anggur Muscadine bukan macam anggur biasa. Ia jauh lebih besar dari anggur biasa

gian grape

Kelebihan Anggur Muscadine

Sebelum kita lihat kemampuan Anggur Muscadine bantu rawat sel kanser, satu perkara yang perlu diketahui adalah, khasiat anggur ini jauh lebih hebat dari anggur merah.

Antara kelebihan utama anggur muscadine dan anggur merah adalah:

  • Meningkatkan Fungsi Jantung dan Menggalakkan Kesihatan Jantung
  • Membantu Mengurangkan Kolesterol
  • Membantu Mengawal Tekanan Darah
  • Meningkatkan Sistem Imun
  • Mengurangkan Risiko Kehilangan Memori
  • Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan

Bagaimana Anggur Muscadine Boleh Rawat Kanser?

Dalam satu kajian, sejenis asid yang dipanggil Ellagic Acid mempunyai ciri-ciri Chemoprevention.
Chemoprevention: terma kimia untuk elak kanser terjadi (occuring), membesar(growing) dan merebak kebahagian anggota lain(metastasizing).

Ellagic Acid hanya ada di dalam SATU jenis Anggur SAHAJA. Anggur Muscadine sahaja yang ada Ellagic Acidunnamed

 

Advertisement