Health

Petua Merawat Migrain Tanpa Ubat

View 565 : Today 1

Migrain atau dikenali sebagai hemikrania dalam bahasa Greek merupakan penyakit yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita, mahupun dunia. Sakit kepala yang kerap, berdenyut-denyut yang menyerang bahagian kanan kepala kemudian melarat ke keseluruhan kepala merupakan petanda anda menghidap penyakit tersebut.

Dalam kes yang teruk, ada pesakit migrain yang mengalami cirit birit berlarutan, pening, muntah, sehingga ada yang sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi-bunyian yang kuat.

Antara punca orang boleh mengalami migrain ialah:

1. Pengambilan makanan tambahan (supplement) berasaskan hormon seperti pil perancang atau hormon gantian.

2. Makan secara berlebihan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) seperti ajinomoto, cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang bertindak mengembangkan saluran darah sehingga boleh menyebabkan magrain.

3. Diet keterlaluan juga boleh menjadi punca migrain kerana kandungan gula yang rendah dalam badan boleh menyebabkan saluran darah berkembang.

4. Pengambilan minuman berkafien secara kerap.

5. Merokok.

6. Kitaran tidur tidak tetap. Tidur kurang atau berlebihan juga boleh menyebabkan migrain.

7. Menurut Dr. Zubaidi, migrain juga boleh berpunca daripada keturunan.

Migrain tidak boleh dihilangkn serta merta tetapi hanya boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan seperti paracetamol dan painkiller yang diketahui memberi kesan sampingan kepada sistem badan yang lain terutama hati dan buah pinggang.

Justeru, pelbagai rawatan alternatif disediakan untuk penghidap migrain dan ia diakui sendiri oleh pengamal perubatan moden, antaranya ialah:

1. Sujud

Otak manusia memerlukan darap yang cukup untuk berfungsi secara normal dan ada di antara saraf-saraf dalam otak tidak dapat dilalui melainkan dengan sujud. Oleh itu, banyakkan bersujud dan bagi umat Islam, sujudlah lebih lama ketika solat. Disamping mampu melegakn migrain, kaedah ini juga dapat mendekatkan anda kepada agama.

sujud

2. Rendam tangan atau kaki dalam ais

Kaedah ini diakui dapat melegakan migrain dengan cepat. Secara psikologinya, apabila tangan atau kaki anda terlalu sejuk, tumpuan anda tidak lagi pada sakit kepala. Jadi, migrain akan hilang walau sekejap!

Bantu cegah migrain

3. Tidur dalam bilik gelap

Baring, tutup lampu, tingkap, tutp mata rapat dan rehatlah seketika secara aman dan tenang, lebih-lebih lagi ketika diserang migrain. Ini dapat melegakan sakit kepala anda disamping menenangkan jiwa. Amalkan tidur dalam keadaan gelap.

cant sleep

4. Baring kepala di bawah, badan di atas

Cuba letakkan posisi kepala anda lebih rendah ketika baring atau anda boleh mengamalkan seperti gambar di bawah. Secara rasionalnya, migrain disebabkan kurang pengaliran darah dan oksigen dalam otak, jadi dengan posisi tersebut, darah akan lebih banyak mengalir ke otak.

Hilangkan migrain terapi

Tapi ingat! Jangan buat terlalu lama, takut penyakit lain yang datang!

5. Berbekam

Manfaat berbekam terlalu banyak terutama dalam merawat migrain atau sakit kepala. lihatlah pada sabda Nabi Muhammad SAW: “Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. “Berbekamlah” (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., “Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda”.

bekam di kepala

6. Bernafas lebih efisien

Kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia tidak bernafas dengan betul. Bernafas secara efisien boleh menambahkan jumlah oksigen dalam otak. Jadi, pejamkan mata dan tarik nafas! Otot mata anda akan lebih tenang dan segar.

7. Urut

Alam nusantara terkenal dengan kaedah urutan untuk melegakan penyakit. Anda boleh cuba kaedah urutan di dalam video ini. Selain melegakan sakit kepala, ia juga untuk membuang angin dalam kepala.

Selamat mencuba!

Click to comment
To Top