6 Langkah Mudah Legakan Sakit Leher

Kebanyakan masyarakat kita mengambil enteng tentang masalah sakit leher. Ramai yang beranggapan ia akan hilang tanpa perlu dirawat. Penting untuk anda mengetahui langkah awal untuk merawat sakit leher daripada berlarutan dan mengganggu emosi anda.

Pelbagai punca boleh terjadinya sakit leher ini, antaranya penggunaan bantal yang tidak sesuai, perjalanan yang jauh, memakai kasut tinggi bagi wanita dan posisi duduk ketika kerja terlalu lama.

 

Oleh itu, ini adalah sebahagian gerakan atau senaman bagi melegakan otot bahagian leher:

 

1. Glide and extension

1

Mulakan dengan memandang ke hadapan. Kemudian ke depankan bahagian dagu anda sehingga leher memanjang ke hadapan. Tahan untuk tempoh 5 saat. Dalam posisi tersebut, perlahan-lahan ubah kepala anda kepada posisi memandang ke atas.

 

2. Acupressure Point

2

Gunakan kedua-dua tapak tangan anda. Tekan di bahagian tengah belakang kepala. Tekan dan putarkan tapak tangan anda di kawasan tersebut.

 

3. Rotation stretch

3

Alihkan kepala anda melihat ke kanan. Tahan selama 10 saat kemudian lakukan pula ke kiri. Ini dapat melegakan bahagian tengkuk dan bahu anda.

 

4. Posterior neck stretch

4

Tekan kepala ke bawah. Pastikan dagu anda terkena bahagian atas dada anda. Gerakan ini dapat meregangkan otot leher dan bahagian atas belakang.

 

5. Neck Side Extension

5

Pandang ke hadapan. Perlahan-lahan gerakkan kepala anda ke kanan. Tahan dalam tempoh 5 saat. Ulang sama ke bahagian kiri.

 

6. Neck stretch

6

Pandang terus ke hadapan. perlahan-lahan angkat kedua-dua bahu anda. Tahan untuk tempoh 5 saat, kemudian ulang semula.

Anda juga boleh mencuba gerakan SCM untuk meregang dan melegakan otot leher dan bahu seperti dalam video ini:

 

 

Sumber