5 Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Elak Gastrik

Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-mainkerana ia sangatlah sakit. Dan jika anda berpotensi mengalaminya elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!

Kerana sakit gastrik ini berada di perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya, di mana ia disebabkan oleh kandungan asid hidroklorik dalam perut.

Oleh itu, makanan yang sesuai adalah yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan sedikit keasidan dalam perut.

1. Karbohidrat

Roti

Karbohidrat diperlukan untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.

2. Protein

Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak macam nasi putih, roti putih. Dan protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.

Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.

Khas bagi yang mengalami gastrik, eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana ia dikuhatiri menyebabkan gastrik lagi teruk.

3. Sayuran Dan Buah-Buahan

Buah-Buahan

Ini wajib, kerana sayuran dan buahan ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.

4. Air

Drinking Water

Air ni haruslah kan dan anda perlu dapatkan jumlah air yang cukup supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.

Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.

  • Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
  • Meneutralkan inflamasi tubuh
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik

5. Probiotik

Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik macam vitagen, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda.

Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik

Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:

  • Makanan yang bersifat asid
  • Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
  • Makanan yang diproses, fast food