Lakukan 4 “Stretching” Sebelum Anda Tidur!

Waktu tidur adalah waktu yang paling dinantikan setelah kita penat bekerja seharian. Berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tekanan di tempat kerja dan melakukan kerja berat menjadikan kita lesu dan ingin berehat.

Justeru, badan yang letih dan lesu memerlukan rehat di waktu malam dengan cara tidur. Ada sesetengah orang letak kepala sahaja di bantal terus berdengkur dan ada yang mengambil masa yang sangat lama untuk dapat melelapkan mata.

Untuk mendapat mendapatkan tidur yang berkualiti dan mudah lena, anda boleh amalkan senaman regangan seperti di bawah:

1. Leg Stretch

images-1

Sebelah kaki diluruskan dan sebelah kaki lagi dilipatkan. Kedua belah tangan cuba menarik hujung tapak kaki sehingga tegang. Tahan 5 saat dan ulang semula 4-5 kali.

2. Butterfly

download-2

Duduk dan rapatkan kedua belah tapak kaki anda. Gunakan siku untuk menekan peha anda ke bawah dan perlahan-lahan dorongkan badan anda ke hadapan. Tahan 5 saat dan ulang 4-5 kali.

3. Cobra Pose

Dalam posisi meniarap, hadapkan muka ke hadapan. Tapak kaki diluruskan ke belakang dan kedua belah tangan diletak di sisi badan. Dengan sokongan lengan anda, angkat dagu dan dada anda perlahan-lahan. Ulang 4-5 kali.

4. Child’s Pose

Melutut dengan kedua-dua belah kaki di lantai. Duduk dia atas tumit anda kemudian bengkokkan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan tangan, dan tapak tangan diatas lantai.