Kerap Mengantuk? Ketahui Puncanya

Mengantuk merupakan tanda yang ditunjukkan oleh sistem badan untuk kita berehat. Seringkali dikaitkan orang yang kerap menguap dan mengantuk ini adalah jenis “burung hantu”, iaitu orang yang kerap berjaga di waktu malam.

Muargghh! Mengantuknya! Tu la kau. Malam orang tido kau pegi melepak!

Gejala ini dianggap biasa. Namun jika kerap sangat mengantuk di waktu pagi, padahal anda telah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya di waktu malam, itu mungkin disebabkan gaya hidup anda yang tidak seimbang atau petanda awal yang anda sedang menghidapi penyakit!

Antara punca-punca anda kerap mengantuk bukan pada waktunya ialah:

1. Terlalu banyak bersukan

Sukan dan bersenam sememangnya baik untuk kesihatan. Tetapi jika dalam sehari anda menghabiskan terlalu banyak jam untuk bersukan dan mengabaikan rehat, tubuh anda akan menjadi lelah dan lesu kerana telah membakar kalori yang sangat banyak. Umpama motor, makin kerap digunakan, makin kurang minyak dan akhirnya akan habis.

2. Makan berlebihan

Rasa mengantuk selepas makan adalah normal kerana sistem pencernaan anda sedang bekerja. Tapi jika anda makan terlalu banyak, mengantuk itu akan menjadi luar biasa, mungkin sampai anda tertidur di atas meja kerja. Ini kerana pengambilan kalori yang banyak menyebabkan tubuh anda menjadi malas. Jadi makan berpada-pada!

3. Dehidrasi

Kandungan air yang diperlukan tubuh kita adalah sekitar 60% ke 70% daripada berat tubuh. Jika kurang, ini bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan yang menyebabkan kelesuan. Amalkan minum 1 atau 2 liter sehari. Badan segar, muka pun ceria.

manfaat-air-putih-untuk-program-diet-sehat-dan-cepat-tanpa-efek-samping-300x169

4. Anemia

Anemia ataupun gejala kurang sel darah merah dalam tubuh antara punca anda kerap mengantuk. Kekurangan darah merah menyebabkan badan anda kurang zat besi dan sel darah darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan pun turut berkurang, sehingga menyebabkan anda mengantuk.

5. Isomnia dan Sleep Apnea

Penghidap isomnia biasanya tidak dapat melelapkan mata walaupun dalam keadaan sangat letih dan mengantuk, biasanya disebabkan oleh amalan hidup tidak seimbang seperti merokok, hypertension dan minuman berkafien. Sleep Apnea pula ialah gejala berdengkur yang serius sehingga anda tersedak dalam tidur tanpa sedar.

Kedua-dua gejala ini diklasifikan sebagai gangguan tidur  yang menyebabkan sistem badan tidak berehat, terutamanya otak dan hormon-hormon yang sepatutnya berkembang waktu malam terbantut.

 

6. Sakit Jantung

obat-tradisional-penyakit-jantung-758x506

Jika anda sering mengantuk di siang hari, cuba semak tahap kesihatan jantung anda. Ini kerana kerap mengantuk berkait rapat dengan penyakit jantung. Dapatkan nasihat doktor dengan segera.

 

7. Pre- Diabetes

Mengantuk terus menerus juga dikaitkan dengan salah satu gejala pre-diabetes. Setelah makan, tubuh akan mengalami hyperinsulinemia, iaitu insulin berlebihan, sehingga kadar gula darah meningkat. Jadi, jika anda rasa mengantuk terlalu kerap, haus berpanjangan dan sering buang air kecil,segeralah jalani pemeriksaan darah.

8. Chronic Fatigue Syndrome

Lelah selepas melakukan aktiviti berat adalah normal dan dapat dihilang dengan berehat. Tetapi jika anda merasa lelah terlalu lama walhal telah berehat, lesu, mengantuk dan cepat marah, berkemungkinan anda sedang menghadapi sindrom kelelahan yang kronik atau Chronic Fatigue Syndrome. Bagi penghidap penyakit ini, ada kes sehingga menyebabkan hilang ingatan!

9. Hipotiroid

Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengawal kadar metabolisme dan kadar kecepatan menukar kalori menjadi tenaga. Jika kelenjar ini kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, anda akan rasa badan terlalu lesu dan selalu mengantuk.

10. Depresi

images (1)

Tekanan perasan disebabkan masalah yang melanda seperti penceraian, masalah kewangan boleh menyebabkan anda menjadi kurang selera, lesu, sakit kepala dan kerap mengantuk.

 

Amalkanlah gaya hidup sihat dan seimbang untuk menjalani kehidupan yang berkualiti.

Tidur nyenyak, makan jangan sampai senak!