12 Senaman Untuk Kesihatan Batin Lelaki


- 10 Mar 16
View 14,907 : Today 29

Alam Melayu tidak asing lagi dengan teknik urutan dan gerakan yang menyihatkan tubuh badan dan menenangkan urat saraf. Dari kepala hingga ke ibu jari kaki, ada sahaja ilmu turun temurun yang diwarisi daripada nenek moyang kita.

Advertisement

Teknik-teknik ini juga menjadi perhatian penyelidik moden untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Antara yang popular ialah senaman batin. Ramai yang mengabaikan kesihatan batin, tak kiralah dari segi pemakanan ataupun senaman, sehingga orang rumah mengeluh kerana suami mereka “kalah awal dalam pertandingan”.

Oleh itu, jom kita cuba beberapa senaman nenek moyang kita ini, mana tahu, ia menjadi:

1. Gerakan pertama

1

Duduk bersila dan tegakkan tulang belakang. Letakkan tangan di atas lutut dan lebarkan dada anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya, tahan selama 7 saat kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ketika menghembus, kempiskan perut anda dan tumpukan pada dada sahaja. Senaman ini seeloknya dilakukan waktu subuh keran melibatkan pertukaran udara dalam badan. Ia baik untuk tulang belakang ketika bersetubuh.

2. Gerakan kedua

2

Duduk dalam keadaan tegak dan temukan dua tumit anda serta hampirkan dengan zakar. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan kiri dan kanan anda supaya lutut dapat mencecah lantai setakat termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang. Tahan nafas selama 7 saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan.

Dengan mengekalkan kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Gunakan perut kedua-dua jari tangan anda untuk mencari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha, akhirkan urutan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.

Senaman ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat tersebut. Gunakan minyak urut supaya tidak kesat.

3. Gerakan ketiga

3

Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki anda menghampiri zakar sambil lutut mencecah lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki. Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas sedalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Kalau mampu, jejakkan kepala ke lantai. Jika tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.

Senaman ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang anda. la dapat membantu meningkatkan tenaga batin yang lemah.

4. Gerakan keempat

4

Duduk bersila dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas sambil tangan kanan didepakan separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.

5. Gerakan kelima

5

Sama juga, duduk bersila dan tegakkan belakang. Tekan otot pinggang anda ke arah belakang dengan tapak tangan sambil menarik nafas. Secara perlahan, urut otot pinggang hingga ke rusuk dada. Lakukan sambil nafas ditahan. Bawa tangan ke depan dan ke atas sehingga dapat dilepaskan lurus ke atas kepala. Selepas itu barulah nafas dihembus.

Senaman ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tengkuk dan leher, dalam waktu yang sama merangsang pengaliran darah supaya lebih lancar.

6. Gerakan keenam

6

tumpukan tenaga pada urat bahu, leher serta urat paha dan betis. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan lipatkan kaki kiri. Cuba capai hujung jari kaki kanan anda dengan meluruskan tangan ke arahnya. Henjutkan secara perlahan-lahan. Lakukan henjutan sebanyak 7 kali sebelum menukar ke arah yang seterusnya.

7. Gerakan ketujuh

7

Kembangkan jari-jari tangan anda dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping telinga kanan, begitu juga Ibu jari tangan kanan pula mencecah jari kelingking tangan kiri. Tarik nafas, kemudian bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan jari kelingking kanan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan sebanyak 7 kali sambil nafas ditahan. Selepas itu lepas nafas secara perlahan-lahan sambil mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gerakan, pastikan kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.

8. Gerakan kelapan

8

Baringkan badan secara meniarap. Luruskan badan anda dan bangunkan separuh badan iaitu  antara bahagian pinggang ke atas dengan menapakkan kedua belah tapak tangan sampai pinggang dan belakang terasa tegang. Tarik nafas sewaktu gerakan ini dilakukan, tahan nafas selama 7 saat sebelum melepaskannya.

9. Gerakan kesembilan

9

Duduk bersila. Arahkan kedua-dua belah tangan ke belakang badan anda. Dalam masa yang sama, cuba capai kedua-dua jari-jemari tersebut. Selepas itu nafas ditarik secara perlahan-lahan dan tahan selama 7 saat sebelum menghembusnya keluar, Lakukan gerakan yang sama pada kedudukan tangan yang berlainan.

10. Gerakan kesepuluh

10

Masih sama, duduk bersila sambil kedua-dua tapak kaki ditemukan. Tarik nafas secara perlahan-lahan sambil rebahkan badan anda ke hadapan dan meluruskan kedua-dua belah tangan hingga mencecah lantai. Pastikan anda terasa tegang pada bahagian belakang dan paha. Tahan nafas selama tuju7 saat dan kembalikan ke kedudukan asal sambil nafas dilepaskan secara perlahan-lahan.

11. Gerakan Kesebelas

11

Lipat kedua-dua kaki di bawah punggung. Kemudian rebahkan badan anda sambil kedua belah tangan diluruskan sehingga terasa tegang di bahagian belakang badan, paha dan otot betis. Tarik nafas secara perlahan-lahan dan tahannya selama 7 saat sebelum ia dilepas keluar. Hati-hati dan jaga pinggang anda!

12. Gerakan kedua belas

12

Mirip dengan keadaan kucing ketika mengeliat. Duduk di atas kedua belah kaki dengan membongkokkan badan anda ke hadapan sambil meluruskan tangan ke hadapan. Lakukannya hingga terasa regangan pada belakang badan. Kemudian bangun secara perlahan-lahan dengan mengekalkan kedudukan kaki.

Kedua-dua belah tapak tangan ditapakkan secara bertentangan, satu mengarah ke dalam badan dan satu mengarah ke hadapan. Bongkokkan belakang badan dan henjutkannya hingga paras separuh bangkit beberapa kali secara perlahan-lahan. Nafas ditarik sebaik gerakan bermula dan dihembuskan sebaik gerakan berakhir.

 

Anda juga boleh cuba gerakkan seperti yang dilakonkan oleh Eman Manan dalam video ini:

 

Sumber

Advertisement