Kecanggihan Teknologi Boleh Meruntuhkan Rumah Tangga

Kemajuan teknologi sememangnya memberi kesan positif dan kesenangan pada kehidupan masyarakat namun di sebalik kecanggihan teknologi itu terdapat pelbagai kesan negatif pada kehidupan yang mungkin anda tidak sedari.

Mutakhir ini banyak terjadinya keruntuhan rumah tangga disebabkan terlalu leka dengan teknologi sehingga mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Di antara aplikasi tersebut adalah:

  • Whatsapp
  • Facebook
  • Instagram
  • Wechat
  • Smule

 

Memang diakui kesemua aplikasi di atas memberi kebaikan kepada pengguna namun ia juga boleh menjadi punca pergaduhan hingga boleh menyebabkan penceraian rumah tangga. Berikut adalah contoh situasi yang berlaku.

 

Whatsapp / Wechat

whatsapp

  • Bini merajuk sebab last seen baru seminit tapi nak balas mesej sampai berjam-jam
  • Suami kantoi gambar porno yang dikongsi dalam group Whatsapp
  • Isteri selalu berkongsi masalah hal peribadi atau rumah tangga kepada kenalan
  • Status online tapi tak balas mesej

 

Wechat

  • Suami berahsia tentang akaun WeChat
  • Suami leka main WeChat dengan perempuan lain
  • Suami suka main WeChat. Isteri kesunyian
  • Suami/isteri post moment di wechat mendatangkan perasaan cemburu

 

Facebook

gaduh facebook

  • Isteri/suami update status bila bergaduh
  • suami “add friend” gadis muda dan seksi
  • Suami/isteri terlampau melayan kawan di facebook messenger
  • Isteri cemburu suami klik like gambar perempuan lain
  • Isteri kuat selfie dan post di facebook
  • Suami keyboard warriors dan terlalu taksub dengan politik

 

Instagram

  • Isteri suka shopping di instagram tanpa persetujuan suami
  • Suami/isteri tidak post gambar bersama pasangan
  • Tuju hashtag kepada seseorang yang boleh mendatangkan perasaan cemburu antara pasangan
  • Suami/isteri stalker gambar orang lain

 

Smule

Kalau korang nak karaoke pun dah boleh je dalam telefon. Yang lagi hebat nak duet dengan orang asing pun boleh juga tu. Tapi kena berhati-hati takut nanti salah orang pula yang kita ajak tu.

Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila dua wanita bertengkar gara-gara suami salah seorang daripada mereka telah berduet bersama menerusi aplikasi Smule, ala..yang boleh invite sesiapa saja nak nyanyi sama-sama dengan kita tu…

1

2

3

4

5

 

Oleh itu, setiap pasangan seharusnya menggunakan aplikasi sosial ini dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai kecanggihan teknologi ini memusnahkan hubungan anda.

 

Baca juga – Media Sosial Boleh Menjadi Penyebab Penceraian

Baca juga – Malaysia Merekodkan Kes Cerai Yang Amat Tinggi