Berdengkur? Hati-Hati Gejala “OSA”


- 12 Mar 16
View 906 : Today 1

Tidur, perkara yang paling disukai ramai terutama kalau dapat tidur selepas seharian menggunakan tenaga. Dengan tilam yang empuk dan tebal, bantal kekabu dan cukup dilengkapi dengan kipas angin kecil, cukup membuatkan mata kita senang tertutup.

Advertisement

Tapi, apa perasaan anda bila saja hendak pejamkan mata, kawan di sebelah berdengkur macam enjin turbo! Perkara ini mungkin ramai yang sudah alami, lebih-lebih lagi kaum isteri.

  • Krohh!Krohh!Krohh! Tiba-tiba anda terjaga dalam keadaan seolah-olah baru dapat bernafas. Isteri atau rakan di sebelah pun beritahu anda macam tercekik sahaja ketika tidur. Jika berlaku situasi sebegini kepada anda, ketahuilah anda mungkin penghidap OSA!

 

Apakah itu OSA?

OSA atau Obstrictive Sleep Apnea ialah gejala di mana saluran pernafasan anda menyempit dan tertekan ketika sedang tidur, sehingga pernafasan terhenti seketika dan menyebabkan penghidapnya tersedak dan terjaga dari tidur. Biasanya saluran
pernafasan kita rileks dan berada pada posisi sepatutnya, tetapi tidak bagi penghidap OSA.

Saluran pernafasan mereka ibarat “terjatuh”, iaitu lidah mereka menutup keseluruhan saluran pernafasan sehingga okisgen tidak dapat masuk dan dengan serta merta otak akan memberi isyarat untuk bangun bagi membolehkan mereka bernafas kembali.

Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap OSA ialah:

Jantina. OSA boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi kajian menunjukkan 80% penghidap OSA adalah LELAKI!

Obesiti. Mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang kelihatan seolah-olah tiada leher. Ini disebabkan oleh lemak berlebihan di leher dan boleh meningkatkan risiko terkena OSA. Begitu juga orang yang memiliki perut buncit.

Berumur 40 tahun dan ke atas. Gejala ini biasanya terkena kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas dan tidak sedikit juga orang muda yang menghidapinya. Jadi, jangan rasa selamat!

Memiliki leher yang besar. Cuba ukur leher anda. Jika ukurannya yang lebih besar dari 43cm, berkemungkinan besar anda senang terkena OSA.

Pengambilan ubat penenang. Contohnya bius, painkiller dan ubat tidur, juga panadol secara kerap.

Hidung tersumbat. Polip dan kelainan struktur hidung biasanya boleh menyebabkan hidung tersebut. Ini menyebabkan risiko menghidap OSA lebih tinggi.

Merokok. Umum kita semua sudah tahu bahaya rokok pada saluran pernafasan. Antaranya risiko menghidap OSA.

Pengambilan minuman keras. Kerap minum minuman keras juga boleh menyebabkan OSA, lebih-lebih lagi kerap diambil sebelum tidur.

Sekarang, jom kita sama-sama semak ciri-ciri orang yang menghidapi OSA, mana tahu ada pada kita:

1. Berdengkur dengan kuat ketika tidur.

2. Nafas terhenti seketika ketika tidur, menyebabkan anda terjaga dalam keadaan seolah-olah anda sedang tersedak. Anda perlu meminta bantuan rakan atau isteri yang tidur di sebelah anda untuk melihat ciri-ciri ini.

4. Kerap terjaga di tengah malam untuk membuang air kecil.

5. Susah untuk tidur di waktu malam.

6. Berpeluh secara berlebihan di waktu malam walaupun dalam cuaca dingin.

7. Cepat mengah.

8. Bangun pagi dalam keadaan sakit kepala

9. Kerap mengantuk pada waktu pagi

Kesan-kesan yang terjadi sekiranya gejal OSA ini dipandang remeh sahaja ialah:

1.  Dipresi 

Gejala OSA boleh menyebabkan penghidapnya mengalami gangguan tidur sehingga tidur tidak cukup. Oleh sebab itu, penghidap OSA akan cenderung marah-marah, murung, sentiasa mengelamun dan seterusnya membawa kepada dipresi.

2. Tekanan darah tinggi

Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Gejala OSA ini menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang sempurna. Cepat-cepatlah merawatnya ya!

3. Kardiovaskular

Orang yang mengalami OSA boleh membawa kepada terkena penyakit kardiovaskular, disebabkan gangguan pernafasan yang sering terjadi pada waktu malam sehingga badan kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak, jantung dan organ-organ yang lain.

4. Stroke

70% penghidap stroke adalah dikalangan orang yang mengalami OSA. Jadi, berwaspadalah!

5. Penurunan kadar seksual

Berhati-hati wahai kaum lelaki! OSA boleh menyebabkan anda kurang tahap keghairahan dan menyebabkan ereksi tidak matang.

6. Gangguan konsentrasi dan memori

Orang yang mengalami OSA cenderung cepat lupa. Tahap tumpuan juga akan berkurang sehingga menyebabkan kualiti hidup mereka terjejas. Kajian menunjukkan peningkatan risiko 7 kali ganda mengalami kemalangan jalan raya bagi penghidap OSA.

7. Kematian mendadak

Senangnya dia mati, dalam tidur ja.. Tahukah anda, mati dalam tidur itu berpunca daripada OSA. Cara mati memang senang, tetapi kalau si mati itu dapat bangun dan ceritakan apa mereka rasa, tentu ramai yang cepat-cepat berubat!

Ubahlah gaya hidup anda sekarang. Amalkan cara hidup sihat dan tidur dengan cara yang betul. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Advertisement