Siri Makanan Sunnah: Buah Tin, Buah dari Syurga yang Kaya Manfaat


- 12 Mar 16
View 2,260 : Today 1

“Demi buah tin dan buah zaitun” Surah al-Tin:1.

Advertisement

Begitu hebat buah tin sehingga ia bukan sahaja disebut, bahkan Allah bersumpah dengan buah tersebut.

Buah tin atau dalam bahasa Latin Ficus Carica berasal dari tanah Asia barat, merupakan buah yang sangat terkenal, lebih-lebih lagi dalam dunia Islam. Bukan sahaja disebut di dalam al-Quran, tetapi Rasulullah S.A.W juga bercerita tentang khasiat buah ini. Sabda baginda “Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga, niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyihatkan badan”.

 

Buah tin juga terkenal dengan kandungan nutrisinya yang cukup lengkap, baik itu nutrisi dalam bentuk vitamin mahupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang membuatkan penyelidik makanan beranggapan buah ini sebagai super nutrition.

Buah ini boleh didapati dalam dua bentuk sahaja, samaada dalam bentuk fresh, iaitu bentuk asal ketika dipetik atau dalam keadaan sudah dikeringkan. Bagi kalangan masyarakat Arab, mereka merebus daun buah tin untuk menghilangkan sakit ketika haid.

Di antara khasiat yang anda boleh dapati daripada buah tin ialah:

1. Membantu pembentukan sel darah merah

Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah tin membantu mengoptimalkan pembentukan homoglobin atau sel darah merah. Ini amat berguna dalam rawatan penyakit Anemia.

2. Mencegah darah tinggi dan sakit jantung

Buah tin mengandungi gabungan mineral semulajadi seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semulajadi inilah yang cukup bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.

3. Mengeluarkan batu karang

Dengan mengamalkan air rebusan daun tin sekali dalam sehari, penghidap penyakit batu karang dapat mengeluarkan sedikit demi sedikit batu karang dari saluran pundi kencing mereka. Cubalah!

4. Mengawal kadar gula dalam darah

selain isi buahnya yang berkhasiat, daun buah tin juga dikatakan mampu meningkatkan senstiviti hormon insulin dalam memecahkan glukosa dalam darah.

 

5. Menurunkan kadar Trigliselida

Bagi mereka yang dalam usaha membuang kolesterol jahat dalam badan, anda boleh cuba mengamalkan makan buah ini. Selain menurunkan kadar Trigliselida, iaitu sejenis kolesterol jahat dalam badan, air teh daun tin juga dapat menyegarkan badan anda.

 

6. Meningkatkan stamina ketika di ranjang

Ini yang lelaki suka! Cuba rendam isi buah tin dalam susu semalaman dan letakkan di dalam peti ais. Kemudian di waktu pagi, minum. Amalkan selama sebulan. Anda mungkin dapat rasakan perubahan stamina anda ketika bersama isteri anda. Tidak lagi lelah, tidak lagi kalah awal!

7. Mencegah kanser prostat

Kanser prostat seringkali berlaku kepada lelaki berumur 30 dan ke atas. Para penyelidik pemakanan kebanyakannya mencadangkan pemakanan buah tin secara kerap kerana ia mengandungi Coumarins yang dapat mencegah kanser prostat di umur tersebut.

8. Menghilangkan jerawat

Jerawat biasanya berlaku disebabkan oleh lubang pori tersumbat oleh minyak dan kotoran yang melekat di muka. Buah tin yang mengandungi mineral alkali mampu mengawal pH kulit serta membersihkan lubang pori daripada tersumbat.

Caranya mudah saja. Samaada anda mengamalkan makan buah ini atau melenyekkan isi buah tin kemudian sapukan secara rata di permukaan kulit. Losyen semulajadi untuk anda.

9. Melembabkan tekak

Jika anda mengalami sakit tekak atau Sore Throat, anda boleh cuba minum jus buah tin tanpa gula. Dengan kandungan lendir yang tinggi, ia dapat melembabkan tekak anda yang kering itu.

10. Merawat buasir dan sembelit

Rasulullah S.A.W sudah menyatakan perkara ini berabad lamanya. Sabda Rasulullah S.A.W “Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga, niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyihatkan badan”.

setelah dibuat kajian, ia terbukti kerana buah tin mengandungi falvonoid yang tinggi, mampu mencegah radikal bebas dan peradangan punca buasir. Kandungan serat dalam buah tin juga bermanfaat untuk merawat sembelit. Jadi bagi anda yang selalu sangat meneran dalam tandas, bolehlah cuba amal buah ini.

11. Mengatasi gejala Insomnia

Menurut kajian di Universitas Yale, buah tin mengandungi tryptophan  yang cukup berkesan untuk memberikan rasa tenang dan aman serta sangat baik untuk menghilangkan Insomnia dan membuat tidur anda lebih nyenyak.

12. Mencegah Tumor

Anda mungkin pernah lihat benjolan atau “isi lebih” dekat tangan atau mana-mana bahagian tubuh kawan anda. Itu adalah tumor, terjadi kerana pertumbuhan secara abnormal. Dengan kandungan benzaldehide dan phenol dalam buah tin, ia dipercayai mampu menghentikan pertumbuhan parasit dan virus yang menjadi penyebab tumor.

13. Membaiki sistem pernafasan

Asma boleh terkena kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, disebabkan oleh jangkitan radangan pada saluran alveolus pada paru-paru. Untuk merawatnya, anda mungkin boleh cuba mengamalkan jus buah tin. Dengan kandungan antibakterial dan antiseptik, jangkitan saluran pernafasan tersebut dapat diatasi dengan mudah sekali.

Nah! Anda boleh lihat betapa banyaknya khasiat dan manfaat buah makanan ahli syurga ini kepada tubuh badan kita. Jadi, rajin-rajinlah amalkannya ya!

 

 

Advertisement