Penis Berbau? Ketahui Punca dan Rawatannya

Perkara ini pasti ramai yang tidak mahu mengaku. Betulkan? Maklumlah, hanya anda seorang sahaja yang tahu sama ada penis anda berbau atau tidak. Orang di sebelah anda tidak boleh terhidu bau daripada anggota itu, melainkan jika anda sudah beristeri.

Advertisement

Ramai yang tidak ambil endah sangat tentang masalah ini. Bagi mereka itu adalah masalah peribadi yang tidak ada kena mengena dengan masalah kesihatan. Baik, mari kita lihat punca mengapa masalah ini berlaku:

1. Jangkitan kelamin

Ini biasanya terjadi kepada pasangan suami isteri. Jika penis anda berbau seperti aroma ikan masin, ia disebabkan oleh pasangan anda. Pasangan yang mempunyai masalah vagina berbau berpunca daripada bakteria vaginosis biasanya akan berjangkit kepada penis anda melalui hubungan seks.

download

2. Jangkitan saluran kencing

Ini juga boleh menyebabkan penis anda berbau. Jangkitan pada saluran kencing menyebabkan urine atau air kencing anda dan salurannya berbau tidak sedap dan bau itu akan kekal di hujung bahagian penis anda. Jadi, tidak hairan jika bahagian kepala penis anda berbau seperti ikan hanyir!

3. Diabetes

Diabetes mungkin juga boleh menjadi punca masalah ini berlaku. Gangguan kadar metabolisme dan sistem perkumuhan pada penghidap diabetes menyebabkan urine tercemar dan berbau tidak sedap.

4. Tidak menjaga kebersihan

Atau dengan kata lainnya pengotor. Kurang mengambil perhatian kepada kebersihan anda adalah punca utama mengapa ia berbau! Tidak basuh dengan betul selepas buang air kecil, biarkan bulu berserabai merupakan masalah utama lelaki. Penis yang tidak sunat juga cenderung berbau kerana kotoran akan melekat di bahagian kulit yang tidak dipotong itu. Jangan tak sunat!

Jangan fikir disebabkan alat kelamin anda tersembunyi maka kebersihannya diabaikan begitu sahaja. Sedangkan anggota tersebut begitu mudah terkena jangkitan, bakteria dan fungus sekiranya tidak dijaga.

Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh buat untuk merawat penis anda:

Menukar seluar dalam mengikut rutin

Selalulah menukar seluar dalam anda. Bakteria akan mudah membiak di tempat lembab, contohnya di seluar dalam anda yang terhimpit di celah peha anda. JIka anda tidak tukar secara kerap, bukan sahaja penis anda berbau, bahkan akan menjadi gatal-gatal pula sehingga mengganggu konsentrasi seharian anda. Selain tukar, jangan lupa basuh seluar dalam itu.

Rajin-rajinlah mencuci penis

Setelah membuang air kecil, pastikan anda cuci penis anda dengan betul. Jangan sapukan air sahaja. Gosok sedikit, lagi bagus gunakan sabun anti bacterial. Ketika mandi, cuci sebetul-betulnya penis lebih-lebih lagi selepas bersukan.

Untuk menjaga kelembapan penis, anda boleh cuba gunakan sabun bayi atau minyak zaitun. Anda juga boleh menggunakan air panas bagi tujuan menghilangkan bakteria. Air panas juga baik untuk sesiapa yang lemah ejakulasi.

 

Rajin mencukur bulu kemaluan

Selain memastikan rambut di kepala anda sentiasa kemas dan rapi, pastikan juga “rambut” di kemaluan anda dipotong pendek dan rapi.  Dengan memotong bulu di kemaluan secara berkala, anda boleh menjaga kelembapan penis anda dan mencegah daripada bakteria membiak, punca berbau. Dinasihatkan guna pencukur yang betul untuk mengelakkan luka dan hitam di bahagian sekita penis anda.

bulu kemaluan

Sunat

Bagi umat Islam, ini sudah menjadi perkara wajib yang mesti mereka lakukan secara sukarela atau paksa ketika kecil. Sunat maksudnya membuang kulit lebih di bahagian hujung penis anda. JIka anda tidak membuangnya, kotoran ketika membuang air kecil mudah melekat di sekitar kulit tersebut. Jadi, bagi yang belum, cepat-cepatlah bersunat. Be the man!

Jauhi merokok

Takkan rokok pun boleh buat penis berbau?! Ya, penis anda mungkin tidak berbau disebabkan rokok, tetapi kesihatan penis anda anda terganggu. Jauhilah merokok dan cubalah untuk berhenti.

Advertisement