Lakukan “Kegel Exercise” Untuk Kuatkan Kemutan


- 13 Mar 16
View 11,737 : Today 12

Aduh! Keluar plak air kencing nie kena kat seluar.. Tadi tak nak keluar habis!

Advertisement

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? jika ya, mungkin anda mempunyai masalah dengan sistem perkumuhan dan penis anda. Antara masalah-masalah lain seperti situasi di atas ialah:

1. Masalah fesus atau inkonteinensia urine, iaitu di mana keadaan air kencing anda bocor dan anda tidak mampu menahannya.

2. Air kencing menitis selepas anda membuang air kecil atau mandi.

3. Kurang ereksi ketika di ranjang dan ejakulasi dingin

Bagi mereka yang mengalami masalah-masalah ini, anda di sarankan untuk melakukan senaman kegel. Senaman ini mula-mula sekali diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel sejak tahun 1945 lagi. Senaman ini bukan sahaja untuk wanita, tetapi juga untuk lelaki terutama yang menghidap kanser prostat.

Bagi mudah faham, senaman ini seolah-olah anda menahan untuk membuang air kecil dengan mengemut otot-otot yang sepatutnya iaitu otot pubococcygeus. Dengan mengemut otot-otot ini, otot di sekitarnya seperti peha juga akan menjadi kuat.

Jom! Kita lihat manfaat daripada senaman ini:

1. Kesihatan penis

Melalui senaman ini, darah akan berjalan lancar dan meningkatkan aliran darah ke penis, seterusnya menjadikan prostat sihat dan menjaga kesemua sistem seksual.

2. Tahan Lama di ranjang

“Adik” lesu di ranjang adalah benda yang paling ditakuti oleh lelaki. Jadi, senaman ini membantu lelaki untuk lebih tahan lama ketika bersetubuh dan tidak lagi ditertawakan oleh isteri.

3. Pancutan lebih kuat

Melalui testimoni yang dibuat oleh pakar ke atas orang yang melakukan senama kegel, kebanyakan mereka berpuas hati dan merasa pancutan lebih kuat dan jauh ke dalam. Ini kerena mereka telah berlatih untuk menahan ejakulasi sehingga di tahap kemuncak, baru dilepaskan. Ibarat gunung berapi yang dah beribu-ribu tahun tidak meletus!

4. Merangsang orgasm

Senaman ini membantu meningkatkan kenikmatan seksual kerana senaman ini boleh meningkatkan aliran darah, seterusnya meningkatkan ransangan di bahagian-bahagian tertentu.

5. Kawalan terhadap air kencing

JIka sebelum ini anda mudah bocor atau kencing tidak tentu masa, selepas melakukan senaman ini, anda akan dapat mengawal sistem buang air kecil. Mengawal bukan maksud menahan sebab buang air kecil tidak boleh ditahan, takut terkena batu karang.

Berikut merupakan cara melakukan senaman kegel:

Temukan lokasi otot Pubococcygeus

Untuk menemui lokasi otot ini, anda boleh cuba memasukkan jari sedikit ke dalam anus atau lubang dubur. Anda akan dapat rasakan otot-otot di sekitarnya mengemut dan seolah menaik ke atas ketika anda menahan dan akan kembali normal ketika anda mengendurkannya.

Berlatih dengan senaman

Kemutkan otot pubococcygeus anda kemudian tahan untuk 5 saat. Ulang selama 5 kali. JIka anda sudah biasa, cuba tingkatkan kepada 10 kali. Anda boleh cuba pelbagai gaya senaman kemutan ini, berngantung kepada keselesaan. Antaranya anda boleh cuba seperti gambar di bawah.

Ada 6 langkah. Anda boleh cuba 1 persatu. Nampak macam senang, tetapi ramai yang tidak berjaya untuk tahan lebih daripada 5 saat untuk peringkat pertama. Boleh juga dilakukan ketika berdiri dengan mengemutkan pinggul anda.

Fokus

Ketika melakukan senaman ini, cuba bertenang dan fokus pada otot pubococcygeus anda. Jangn fokus untuk kemut anggot lain seperti perut dan pinggang dan jangan tahan nafas. Cuba lakukan sekarang!

Untuk melihat gerakan lebih lanjut, anda boleh lihat video ini:

https://www.youtube.com/watch?v=6VfZ0P7G3i4

Tips: Jangan tahan nafas sewaktu buat. Amalkan nafas yang rileks!

Advertisement