Awasi “Strok Haba” di Musim Panas


- 15 Mar 16
View 472 : Today 1
[ File # csp5698548, License # 1629134 ] Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php) (c) Can Stock Photo Inc. / Kzenon

Fuhh! Panas liplap liplap weh! Ramai yang sedar semenjak beberapa minggu yang lepas, negara kita agak panas seperti biasa. Kalau duduk di dalam rumah, kipas yang paling laju pun tidak dapat meredakan panas, terpaksa menggunakan pendingin hawa.

Advertisement

Bukan sahaja di siang hari, malah ada yang tidur dalam keadaan berpeluh di waktu malam. Ini berikutan cuaca yang agak panas dengan matahari yang terik di siang hari, serta taburan hujan yang agak kurang. Justeru, di musim panas ini, anda perlu awasi daripada terkena strok haba!

Heat Stroke atau strok haba ialah peningkatan suhu badan dengan mendadak, mungkin kerana terdedah dalam keadaan panasa dengan terlalu lama atau badan kita sendiri tidak dapat menerima suhu semasa walaupun sekejap.

Ia bukan suatu gejala yang main-main. Strok haba boleh menyebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) dan ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) sehingga mengganggu fungsi sistem saraf dan organ.

 

Berikut merupakan simtom-simtom awal anda terkena strok haba:

Kerap sakit kepala. Anda kerap sakit kepala padahal sebelum ini tidak jarang untuk terkena sakit kepala.

download

Mudah hilang fokus. Apabila buat sesuatu kerja, anda mudah hilang fokus, seolah-olah mengelamun.

Kulit kering dan kemerah-merahan. Kulit muka mengering dan mengelupas. Warna kulit kemerah-merahan seperti terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama

Nadi berdenyut laju. Semak nadi anda dengan tekan di pergelangan tangan samaada laju atau normal.

Badan tidak berpeluh. Badan terasa panas lebih daripada biasa tetapi tidak berpeluh.

Badan lesu dan kerap pengsan. Kerap rasa letih dan mengantuk sehingga ada beberapa penghidap yang mudah pengsan apabila dalam keadaan panas.

Tekanan darah rendah. Tekanan darah renda menyebabkan anda mudah pening, lesu dan pengsan

Suhu badan melebihi 39c. Suhu badan normal adalah di antara 36c hingga 37c. Jika melepasi 39c, itu menandakan demam dan panas.

Lidah menjadi bengkak. Anda boleh semak dengan melihat di cermin samaada lidah anda dalam keadaan normal atau membengkak.

sakit-lidah

Antara kumpulan berisiko terkena gejala ini ialah:

1. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

2. Penghidap masalah pernafasan dan jantung

3. Penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

4. Orang dewasa, lebih-lebih lagi yang berumur 40 tahun ke atas adalah 10 kali ganda lebih berisiko

5. Memakai pakaian tebal dan ketat.

6. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.

download (1)

 

Jadi, jagalah kesihatan dalam keadaan cuaca kita yang sekarang. Amalkan minum air yang banyak serta selalu mandi untuk menstabilkan suhu badan.

Advertisement