Fisioterapi Untuk Sakit Lutut yang Perlu Anda Tahu

Sakit lutut ini merupakan perkara lazim yang kita dengar dari mulut ayah, mak, pakcik dan makcik dan tidak ketinggalan juga kawan-kawan kita yang masih muda. Sakit lutut tidak mengenal usia, tahap kesihatan seseorang. Kalau nak kena, pasti akan kena.

Sakit ini biasanya disebabkan oleh cara pergerakan kita seharian. Anda juga boleh baca entri tentang punca sakit lutut untuk dapatkan maklumat lagi.

Jadi, jika anda dah terjebak dengan sakit lutut ini, anda boleh cuba beberapa langkah yang diguna pakai ketika fisioterapi untuk mengurangkannya.

Mari kita lihat antara langkah-langkah tersebut:

1.Static Quads
Letakkan tuala kecil pada bawah pelipat lutut anda. Kemudian secara perlahan-lahan tekan bahagian bawah lutut, tahan dalam posisi kaki yang tegak selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

2.Straight Leg Raise ( SLR)

Tegangkan hujung pergelangan kaki (ankle). Kemudian dengan kaki yang lurus, angkat kira kira satu jengkal sahaja dan jangan lebih atau kurang. Tahan dalam posisi kaki yang tegak selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

 

3.Side SLR
Tukar Posisi Badan ke tepi , lakukan cara yang sama seperti SLR tadi. Pastikan kaki sentiasa tegak, penuh dengan kontraksi otot, tahan dalam posisi kaki yang tegak selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x.

download

 4.Hip Prone SLR

Langkah ini boleh dilakukan dengan posisi meniarap sahaja. Caranya tetap sama, angkat kaki kadar sejengkal dan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

5.Adductor Rise

Caranya mudah sahaja. Baring arah sisi,  kemudian angkat kaki arah dalam serta kadar sejengkal ,dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

6.VMO strengthening
Langkah yang paling penting untuk anda lakukan. Caranya letakkan bantal, bola, gumpalan tuala di antara celah peha anda kemudian secara perlahan lahan tekan ke arah dalam dan tahan 10-15 saat. Ulang sebanyak 15-20x.

 

Sumber