Khasiat di Sebalik Busuk Bawang Putih

Mungkin ramai yang tak suka makan bawang putih mentah-mentah disebabkan baunya yang melekat di mulut. Tapi tidak dapat dinafikan, bawang putih menjadi bahan wajib dalam masakan melayu malahan negara lain, untuk menaikkan bau dan menyedapkan rasa makanan.

Bawang putih merupakan golongan makanan semulajadi yang mengandungi pelbagai nutrisi yang baik. Bayangkan, dengan 135 gram bawang putih, anda akan dapat:

  • Vitamin C: Memenuhi 71 % keperluan harian
  • Kalsium: Memenuhi 25 % keperluan harian
  • Zat besi: Memenuhi 13 % keperluan harian
  • Karbohidrat (45 gr): 15 % keperluan harian
  • Serat (3 g): memenuhi 11 % keperluan harian

Hebatnya bawang putih!

 

Sekarang mari kita lihat kebaikan dan manfaat bawang putih kepada kesihatan:

1. Anti kanser

Antara kandungan nutrisi yang terdapat dalam bawang putih ialah  allyl sulphides yang dapat menghalang pembentukan PhlP, iaitu sejenis heterocyclic amine yang boleh meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita, selain menukarkan PhlP kepada karsinogen.

Bawang putih juga memiliki zat anti kanser yang efektif untuk mencegah pertumbuhan pelbagai sel kanser yang berbahaya kepada kita.

2. Menurunkan tekanan darah tinggi

Darah tinggi, penyakit yang popular di kalangan masyarakat kita. Mana tidaknya, pelbagai makanan rutin serta faktor persekitaran dan ekonomi penyebab kepada peningkatan penghidap penyakit ini. Tapi jangan risau, dengan hanya makan bawang putih, tekanan darah anda akan menurun.

Ia mempunyai allicin, sejenis bahan kimia yang membantu mengelakkan angiotensin II, iaitu sejenis protein yang membantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah berfungsi dan seterusnya merendahkan tekanan darah anda.

3. Antibakteria, antioksidan

Khasiat paling popular dari bawang putih adalah sumber antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Antibakteria yang terdapat dalam bawang putih juga  membantu untuk mengawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing juga membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis. Petuanya, kunyah bawang putih mentah-mentah!

4. Berkesan untuk kecantikan kulit

Bawang putih sangat baik bagi orang yang mementingkan kecantikan kulit. Antara khasiatnya ialah:

Menghilangkan bintik-bintik hitam. Tidak perlu keluarkan duit untuk membeli cream dan scrub untuk membersihkan bintik-bintik hitam di hidung.Cukup dengan melumatkan bawang putih, kemudian sapukan di kawasan yang terlibat sahaja.

Menghapuskan bekas luka. Sifat anti radang yang terdapat dalam bawang putih mampu membersihkan bekas luka pada kulit. Hanya dengan sapukan bawang putih pada bahagian bekas luka, hilang!

Menghilangkan jerawat. Nutrisi dalam bawang putih dipercayai mampu mengecilkan jerawat dan menghapuskannya.

5. Merawat sakit gigi

Anti virus dan antibakteria yang terdapat dalam bawang putih dapat membasmi dan menghilangkan bakteria penyebab sakit gigi. Petua orang-orang dahulu, jika anda sakit gigi cukup dengan meletakkan bawang putih yang ditumbuk halus ke bahagian gigi yang sakit itu. Anda bolehlah cuba selepas ini. Tidak perlu takut dengan doktor gigi lagi!

 

6. Mengelakkan diabetes

Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes. Jadi amalkan makan bawang putih. Kan mencegah itu lagi elok dari merawat.

7. Meredakan demam

Bawang putih dipercayai mampu meredakan demam panas. Orang tua-tua dahulu jika anak-anak mereka demam, cukup hanya sapukan bawang putih yang dilumatkan dengan lada hitam ke bahagian dahi.

8. Membantu pembesaran penis

Betul ker? Ya memang betul. bawang putih mengandungi hydrogen sulfat yang dapat membantu melancarkan peredaran dalam tubuh, juga ke bahagian penis. Dengan peredaran darah yang lancar, akan membantu membesarkan saiz penis anda daripada sebelumnya. Kalau tak percaya, boleh cuba!

Banyak lagi kebaikan dan manfaat bawang putih. Cubalah amalkan dan bagi yang kurang  minat, boleh cuba berjinak-jinak dengannya.

Busuk di hidung, tapi “wangi” pada kesihatan!