8 Tips Untuk Ubah ‘Isteri Pemalu’ di Kamar

Lumrah bagi seorang wanita muda sifat pemalu sudah terjalin di dalam diri kesan asuhan kesantunan yang diberikan ibu bapa semenjak kecil. Lantas sifat itu terbawa-bawa ke alam rumah tangga terutama pada peringkat awal kehidupan berdua.

Bagi si suami janganlah kecewa menghadapi situasi isteri yang ‘malu-malu kucing’ ini. Yang penting anda mesti memahami keadaannya sambil berusaha membuang malu serta membangkit nalurinya terutama pada saat intim anda berdua.

Ada isteri yang pemalu hanya di ranjang, tapi tidak pada keadaan biasa. Ini mungkin faktor keghairahan si dia yang kurang pendedahan dengan seks sebelum kahwin. Namun ada juga si isteri yang aktif, agresif serta mudah horny di ranjang. Untuk anda yang mempunyai isteri pemalu atau kaku ketika bersama, jangan mudah kecewa, sudah jodoh dan anda perlu lalui dengan bijaksana.

 

Ini tips untuk anda bangkitkan naluri ghairah isteri pemalu :

1. Call Untuk Luahkan Hasrat Malam Anda

Bila kali terakhir anda menghubungi isteri di tempat kerja hanya untuk memberitahu bahawa anda tidak sabar menanti kehadiran malam untuk bersamanya? Jika anda susah untuk melakukannya atau langsung tidak pernah melakukannya, anda seharusnya berubah dan cuba melakukannya bermula hari ini. Cara anda menunjukkan keinginan seks membuatkan si dia rasa terangsang dan bersemangat.

” sayang, dah habis period u kan, tak sabarnya tunggu malam ni, lame dah abang puasakan”

 

2. Tanya dan Bagitahu Apa yang Anda Inginkan

Jika anda tidak pernah berbicara tentang seks dengan isteri anda, inilah masa terbaik untuk anda memulakannya. Bincangkan apa yang anda mahukan daripada perhubungan intim dengan pasangan dan cuba tanya apa yang diinginkan pasangan anda. Jika isteri anda seorang yang pemalu dan enggan bercerita tentang keinginan seksnya secara terbuka , anda seharusnya cuba bertanya dengan cara yang lebih santai seperti bergurau. Walaupun cara anda bertanya nampak tidak bersungguh-sungguh dan sekadar untuk mencuit perasaannya, tetapi si dia tahu apa yang anda maksudkan.
” U tau tak, i dah basuh dress nipis u tu, pakai malam ni yee ”

 

3. Fahami, Pujuk dan Puji-Pujian

Jika isteri anda malu, sering berselindung, enggan bertindak keterlaluan atau enggan menunjukkan perasaan atau keghairahan sebenar, anda perlu bijak menterjemah kehendak isteri anda melalui perlakuan, sentuhan, kata-kata atau apa jua tanda yang terlihat pada tubuh dan wajahnya. Jika anda mendapati si dia punya rasa malu terhadap dirinya sendiri kerana kelemahan pada tubuh, cuba tingkatkan pujian dengan ikhlas dan bersahaja. Sekurang-kurangnya pujian anda membuatkan si dia bersemangat untik memadamkan rasa malu dan seterusnya berusaha mencapai kenikmatan bersama.

” Ish, ish…suka betul abang tengok sayang baring macam ni ”

 

4. Fair Play, Ringan-Ringan dan Kemanjaan

Cuba goda isteri anda menerusi kata-kata romantis. Tidak semestinya ia dilakukan di atas ranjang sebaliknya anda juga boleh melakukan di mana sahaja, ketika menonton televisyen atau di mana sahaja sekali pun, anda perlu mencuba dan terus menggodanya. Tetapi awas, anda tidak seharusnya berharap godaan semata-mata untuk membawa si isteri ke atas ranjang.

” Sayang, meh la rapat sini nak peluk u ”

 

5. Ciuman Cinta

Beri ciuman penuh ghairah dan menggoda. Tunjukkan kasih sayang dan keikhlasan anda mencintainya. Biarkan bibir dan lidah anda ‘memberitahu’ cinta dan keghairahan anda terhadapnya.

” fuhh…tenang je i bila dapat kiss u tau ”

 

6. Cari Hot Spot Isteri

Apabila bersama, cuba kenali bahagian tubuh isteri yang paling sensitif dan mainkan peranan anda agar si isteri mencapai kemuncak. Bagi sesetengah wanita, titik ghairahnya bukan sahaja terletak di bahagian sulitnya sebaliknya setiap bahagian tubuhnya punya sensitiviti tersendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan terus mencari.

” dulu abang belajar mengurut, sayang nak abang urut kat mane? ”

 

7. Guna Teknik Isteri Gemari

Jangan beri tekanan kepada isteri jika si dia gagal mencapai kemuncak setiap kali bersama. Tekanan hanya membuatkan isteri bertambah kecewa dan kurang bersemangat untuk mencari titik kemuncak kepuasannya setiap kali bersama. Sebaliknya cuba beri rangsangan dan semangat kepadanya dengan teknik yang disukainya yang boleh membantu si dia mengecapi nikmat sebenar.

” u suka kat atas ke bawah ye? ”

 

8. Mandi Bersama Sebelum / Selepas Seks

Mandi bersama suami isteri adalah langkah yang last untuk membuang perasaan malu isteri anda. Ini kerana suasana mandi dengan keadaan terang, kawasan yang sempit serta tanpa pakaian akan menjadi lebih berkesan untuk isteri anda. Jangan sia-siakan peluang mandi ini dengan hanya mandi semata-mata. Belaian, pelukan serta sentuhan dapat membangkit keghairahan suami isteri. Berendam dalam tab mandi, berpelukan di bawah pancuran air, adalah waktu yang indah untuk anda alami. Ingat jangan pula anda berak pun isteri tengok, potong plak stim dia.

” yang, tolong sabunkan belakang i ni ”

 

Apa pun jenis isteri anda, jodoh anda adalah dengan si dia. Jadi hargailah, cintailah, belailah & jagalah isteri anda sebaik mungkin. Perkahwinan menyeronokkan jika dilalui dengan malam-malam yang indah.