Petua Rawat Sakit Kepala Dengan 5 Jenis Minuman


- 15 Mar 16
View 6,636 : Today 1

Cuaca panas terik setiap hari pasti akan membuatkan anda berasa sakit kepala, lebih-lebih lagi jika anda kurang minum air. Badan anda pasti akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air.

Advertisement

Selain menelan ubat penahan sakit ataupun menyapu minyak angin di kepala, ada beberapa jenis minuman yang boleh anda amalkan untuk memberi kelegaan dengan menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit di bahagian kepala.

Petua Rawat Sakit Kepala Dengan 5 Jenis Minuman

Teh Halia

Teh Halia dikatakan bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan rasa sakit kepala tetapi ia juga sesuai diminum untuk menghilangkan rasa loya. Selalunya bila rasa pening kepala, memang akan rasa loya kan. Selain meminum teh halia segera (yang hanya perlu tambah air panas), anda juga boleh membuat teh halia sendiri di rumah. Caranya anda hanya perlu bancuh teh seperti biasa dan tambahkan seinci halia yang telah ditumbuk sedikit.

tea halia

Kopi

Kafein yang terdapat dalam kopi mampu mengurangkan rasa sakit kepala. Kopi juga membantu membuatkan badan anda berasa lebih segar. Jadi elok jika anda elakkan minum kopi pada waktu malam untuk mengelakkan waktu tidur anda terjejas.

kopi

Air Sejuk

Air sejuk bukan sahaja mampu menyejukkan badan ketika waktu cuaca panas, tetapi kesan dari pengambilan air sejuk dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu mengurangkan rasa sakit.

air sejuk

Teh Hitam

Seperti juga kopi, teh hitam mengandungi kafein yang kerap dijadikan bahan utama dalam proses membuat ubat untuk penawar sakit kepala. Jadi untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit kepala, anda juga boleh amalkan minum teh hitam.

Teh-Hitam-Blesstea-Asli

Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bertindak sebagai rangsangan kepada sistem saraf untuk mengurangkan tekanan yang selalunya menjadi punca seseorang mendapat sakit kepala.

Teh-Hijau

 

Ketika cuaca panas, anda memang perlu lebihkan pengambilan air untuk mengelak dari berlakunya masalah kekurangan air dalam tubuh anda. Minum jus buah-buahan segar juga bagus, bukan sahaja untuk menghidrasi badan tetapi dapat membekalkan vitamin-vitamin yang penting untuk badan anda.

Advertisement