Cara Mengatasi Masalah Kemurungan


- 16 Mar 16
View 3,853 : Today 17

Kemurungan secara ringkas dikenali sebagai sedih. Kesedihan ialah apabila emosi dan perasaan normal akan dirasai seseorang apabilan menghadapi masalah atau peristiwa yang menyedih dan tidak menggembirakan.

Advertisement

Kemurungan ini akan menjadi penyakit sekiranya menjadi serius dan dibiarkan terlalu lama tanpa mengambil sebarang tindakan dan pencegahan. Sekiranya kemurungan ini dibiarkan terlalu lama akan menjejaskan aktiviti dan kerja harian terhadap individu tersebut.

o-DEPRESSION-facebook

Tanda-tanda Kemurungan

  1. Kemurungan – Anda mengalami kemurungan hampir setiap hari. Kesedihan yang anda hadapi mungkin melebihi dari 2 minggu.
  2. Hilang kepercayaan – Anda merasakan kekurangan diri dan hilang kepentingan atau perasaan setiap aktiviti yang anda lakukan.
  3. Kehilangan berat badan – Hilang selera makan. Kehilangan berat badan tanpa anda melakukan sebarang diet.
  4. Tidak cergas – Kehilangan tenaga dan tidak cergas seperti sebelum ini.
  5. Bunuh diri – Bunuh diri dan kematian sentiasa berada di fikiran anda.
  6. Kurang berfikir – Tidak memberikan sebarang tumpuan dan kurang berfikir.

Punca-Kemurungan

Punca Masalah Kemurungan

  1. Persekitaran – Tidak dinafikan persekitan di sekeliling seperti masalah keluarga, di tempat kerja malahan hubungan turut menjadi punca masalah kemurungan.
  2. Baka keturunan – kemurungan juga boleh terjadi dan berlaku kepada seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapnya.
  3. Ubat-ubatan – Berhati-hati dengan pengambilan ubat kerana terdapat ubat-ubat boleh dan menyebabkan kemurungan.
  4. Penyakit-penyakit lain – Terdapat juga punca kemurungan ini berpunca dari penyakit-penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm.

2643-man-depressed-hoodie

Cara Mengatasi Masalah Kemurungan

  1. Ubat-ubatan anti kemurungan – Pengambilan ubat-ubatan yang sesuaian seperti ubat-ubatan anti kemurungan. Ubat-ubatan ini boleh membantu seseorang untuk merubah perasaan dan boleh mengurangkan kemurungannya.
  2. Psikoterapi dan kaunseling – Tujuan psikoterapi dan kaunseling ialah untuk memahami dirinya dan untuk menyelesaikan masalah bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapinya.
  3. Ubah cara pemikiran dan penerimaan – Cara seperti ini bertujuan untuk mengubah cara pemikiran dan cara penerimaan untuk menerima setiap masalah atau peristiwa yang terjadi dan meminumumkan tekanan yang dihadapi.
Advertisement