3 Senaman Untuk Dapatkan Dada Yang Cantik Tanpa Perlu Ke Gym

Apabila anda rasa nak buat bahagian dada anda nampak seksi, pasti anda terfikir tentang bench press, incline bench press, decline bench press, tak cukup dengan barbell, kemudian dumbbell pula, buat segala jenis fly, cable cross, dip dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda, bahagian dada anda juga boleh dibentuk dengan cantik dan kemas tanpa perlu alatan-alatan tersebut?

Malah , terdapat banyak cara untuk membentuk dada anda yang  langsung tidak melibatkan bahan pemberat sama sekali. Dengan menggunakan beberapa peralatan alternatif , anda boleh mencari cara-cara baru dan berkesan untuk meningkatkan hasil dada anda.

 

Berikut merupakan di antara cara-cara tersebut:

1. Menggunakan medicine ball

Untuk yang sering ke gym, pasti anda pernah lihat bola seakan-akan bola untuk basketball. Bagi yang tak mengenalinya, itu adalah medicine ball. Ia sangat sesuai untuk digunakan bagi dinamik senaman dan boleh menyasarkan mana-mana kumpulan otot yang anda mahu bina, termasuk bahagian dada.

  • Cari pasangan untuk melakukan aktiviti ini. Kemudian berdiri berhadapan dengan pasangan anda dengan jarak beberapa kaki.
  • Pegang medicine ball di dada anda.
  • Baling medicine ball kepada pasangan anda dengan menolak lengan anda lurus ke arahnya.

  • Pasangan anda akan melontar kembali kepada anda. Cuba tangkap separas dada.
  • Ulang untuk 4-5 set.

2. Menggunakan stability ball

download (1)

Stability ball ini biasa kita dapat lihat di gym dan juga di tempat set tarian. Banyak kegunaan bola ini, di samping dapat digunakan untuk otot dada juga.

  • Seperti posisi ingin tekan tubi, letakkan tangan anda di atas stability ball dan panjangkan kaki anda ke belakang.

 

  • Buat tekan tubi tetapi perlahan-lahan untuk mengelakkan bola bergolek keluar.
  • Ulang 4-5 set.

3. Menggunakan Box Pushup 

Dengan menggunakan Box Pushup, anda boleh membuat pelbagai cara lain untuk push up. Contohnya:

  • Letakkan sebuah Box Pushup yang agak tinggi sedikit dan letakkan tangan anda dalam keadaan tekan tubi, dengan kaki ke belakang.
  • Lakukan tekan tubi
  • Ubah cara. Letakkan tangan kanan anda di atas box pushup dan tangan kiri di lantai, kemudian lakukan tekan tubi dalam posisi tersebut.

  • Ubah tangan anda. Letakkan tangan kiri anda di atas box pushup dan tangan kanan di lantai, kemudian lakukan tekan tubi dalam posisi tersebut.

 

Sumber