Sudah Jemu Dengan Treadmill? Jom! Cuba “Water Walking”

Rata-rata orang yang nak kekalkan berat badan yang ideal akan amalkan aktiviti kardio seperti jogging, berbasikal, berlari dan sebagainya. Bagi peminat gym pula, antara peralatan yang sering digunakan ialah treadmill.

Masuk gym je mesti nak menghadap treadmill dahulu, sampai rasa bosan. Lagi satu, bila kita lakukan aktiviti darat ini, buat sekejap sahaja mesti cepat rasa penat. Jadi, untuk nak mengelakkan semangat anda bersenam luntur, apa kata anda cuba bersenam dalam air pula.

 

Banyak manfaat daripada aktiviti air ini. Antaranya:

1. Tidak membebankan otot. Contohnya, kalau anda jogging, anda akan membebankan otot di bahagian lutut dan ini punca kepada sakit lutut dan tulang belakang. Tapi, kalau bersenam dalam air, anda dapat kurangkan beban tersebut sebab badan anda yang akan tampung beban itu, bukan tertumpu kepada otot tertentu.

2. Menggunakan semua otot. Bila anda bersenam atau lakukan aktiviti dalam air, tanpa sedar anda dah menggerakan kesemua otot anda. Tak percaya? Cuba anda berenang. Anda akan rasa seluruh badan bergerak. Nak dibandingkan dengan bersenam di darat yang hanya tumpukan otot tertentu sahaja.

3. Memberikan motivasi. Antaranya, anda tak sedar anda penat. Ini kerana aktiviti dalam air ini menyebabkan anda tak rasa anda berpeluh dan suhu badan sentiasa terkawal. Anda juga akan rasa sangat seronok sehingga tak rasa penat dan tak seda anda dah berjam-jam dalam air.

Baik, untuk bersenam dalam air ini ada banyak cara. Antaranya ialah water walking. Apa tu? water walking ini ibarat anda jogging, tapi dilakukan dalam air. Akan tetapi, untuk pengetahuan anda, aktiviti ini lebih banyak membakar kalori berbanding aktiviti darat.

Ini antara kalori untuk perbandingannya (untuk 30 minit):

  •   Berjalan di atas tanah: 135 kcal.
  •   Berjalan di dalam air 264 kalori.
  •   Berjoging di atas tanah: 240 kcal.
  •   Berjoging di air dalam, 340 kalori.

 

Sudahlah kurang penat, lebih membakar kalori pula. sekarang mari kita lihat beberapa langkah yang anda boleh cuba bagi water walking:

1. Tambah saiz lebar dan tingkatkan kelajuan

Rendam badan anda dalam air sehingga tahap bahu. Gerakkan badan anda ke hadapan dan kekalkan keseimbangan badan. Kemudian, ayunkan tangan dan kaki anda seluas-luasnya. Ia dapat membantu meregangkan otot-otot pinggul anda dan merawat masalah kesihatan seksual anda yang terjadi disebabkan faktor umur.

2. Tendangan dalam air

Ibarat anda berlari. Rendamkan badan sehingga paras bahu. Naikkan peha anda. Tendang air menggunakan kaki anda ke bawah. Ia dapat melatih otot kaki anda membentuk pinggul yang cantik.

3. Sentuh lutut dengan siku anda 

Mudah untuk dilakukan walaupun anda mempunyai perut boroi sekiranya dilakukan dalam air. Rendamkan badan separas bahu. Berdiri tegak dan perlahan-lahan bengkokkan badan sehingga siku anda bertemu dengan lutut. Pastikan buat dengan betul untuk elakkan sakit pinggang.

Langkah-langkah ini boleh anda buat bersama keluarga ketika di kolam renang. Kemudian anda boleh cuba lakukan aktiviti lain seperti berenang, main bola tampar dan lain-lain.