Anda Mabuk Laut? Atasinya Dengan Petua ini

Sememangnya ramai yang akan teruja dan seronok kalau diajak bercuti ke pulau atau memancing. Dua aktiviti ini memang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi dilakukan dengan rakan-rakan yang sama minat.

Akan tetapi, yang selalunya akan mengganggu mood percutian ini ialah mabuk laut. Baru enjin dihidupkan sahaja, mesti akan ada di antara rakan-rakan atau mungkin anda sendiri yang berkerut dahi menahan mual. Lagi-lagi bila bot membelah ombak, terasa berombak dalam perutkan!

 

Untuk nak elakkan mood anda terganggu gugat oleh masalah ini, apa kata anda cuba tips di bawah:

1. Makan dahulu

Sebelum anda jejakkan kaki anda di atas bot, pastikan anda makan dahulu. Jangan biarkan angin memenuhi perut anda. Itu punca utama anda akan mudah pening kepala nanti.

2. Elakkan makanan berminyak

Kalau dah tau anda ada masalah mabuk laut, janganlah ketika makan tu anda bedal semua benda! Kalau boleh, elakkan makanan berminyak yang akan menyebabkan perut anda tidak selesa. Makan buah-buahan pun sudah mencukupi.

3. Makan halia

Bagi yang boleh makan halia, potong halus-halus dan kunyah sebelum anda naik bot. Pedas-pedas halia akan hilangkan gejala mual ketika dalam bot. Bagi yang tak lalu makan, anda boleh kisar dan minum. Ia boleh mngelakkan angin berlebihan dalam perut anda

4. Minum air bergas

Bawa air gas bersama anda. JIka anda teras mual, cuba minum sedikit demi sedikit. Kandungan asid fosforik di dalamnya mampu mengawal anda daripada muntah.

6. Tidur dalam perjalanan

Tidurlah di sepanjang perjalanan. Ini akan membantu anda mendapatkan badan yang segar ketika bangun nanti. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan tempoh mual anda.

7. Ambil ubat anti mabuk

Ubat anti mabuk ini anda boleh dapatkan di farmasi. Anda boleh minta nasihat daripada petugas farmasi untuk jumlah dos yang perlu diambil.

 

8. Pilih tempat duduk tengah

Kalau boleh, pilih tempat duduk di tengah-tengah bot. Ini kerana posisi tersebut agak stabil berbanding di bahagian tepi yang agak terhuyu-hayang.

9. Baring terlentang

Apabila bot dah berhenti tetapi anda masih mual dan pening kepala, cuba baring terlentang di bahagian tengah bot. Longgarkan pakaian anda dan hirup udara sebanyak mungkin.

10. Elakkan lihat orang muntah

Ini antara tips yang anda kena amal. Kalau anda tengok ada rakan-rakan anda yang sedang “menguwek”, jauhi dia. Bau muntah serta perbuatan tengah muntah itu boleh menyebabkan anda pun terjebak untuk muntah!

mabuk laut1

 

11. Minum air laut

Ini mungkin sekadar mitos yang dibuat oleh orang tua-tua. Tujuannya untuk nak bagi mental anda kuat dan teralih daripada fikir nak muntah sahaja.