3 Benda Anda Tidak Mahu Berada Dalam Najis Anda


- 21 Mar 16
View 4,204 : Today 2

Ramai lelaki mengatakan mereka berfikir dengan lebih baik apabila mereka berada di dalam tandas. Tetapi ada satu perkara yang anda mungkin tidak mahu untuk berfikir apabila anda “melepas” : kandungan najis anda.

Advertisement

Adakah ia menjijikkan? Sudah tentu! Dan ianya sangat penting kerana kandungan najis mampu menunjukkan keadaan semasa kesihatan badan anda. Jadi jangan sesekali terus menjirus najis anda, tanpa melihat sebentar kerana siapa tahu, ianya mampu menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti?

 

 

LENDIR

  • Saluran pencernaan anda dipenuhi dengan lendir untuk membantu makanan bergerak lancar dalam usus. Jika anda merupakan seseorang yang membuang air besar dengan kerap (Irritable Bowel Syndrome), ianya normal jika najis anda mengandungi lendir
  • Bila perlu risau? : Jika anda tidak merasakan anda seseorang yang mempunyai “irritable bowl syndrome”, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk ujian diagnosis. Sindrom ini menyebabkan beberapa gangguan dalam badan seperti sakit perut , kembung , gas , cirit-birit , dan sembelit , tetapi anda boleh menguruskannya dengan diet dan gaya hidup tweak.
  • Kebimbangan yang lebih besar adalah jika anda mendapati terdapat darah bersama-sama dengan lendir , yang boleh menunjukkan keradangan, jangkitan, atau ketumbuhan dalam rektum mahupun saluran pencernaan anda.

 

DARAH

  • Darah dalam najis biasanya berkaitan dengan penyakit buasir., iaitu gumpalan urat yang membengkak di dalam rektum atau dubur ketika anda membuang air besar. Namun, ianya mungkin juga berkaitan dengan keradangan.
  • Ubat seperti “ibuprofen” dan juga “aspirin” mampu menyebabkan pendarahan dalam saluran pencernaan anda. Jika keadaan ini terjadi, najis anda akan berwarna kehitam-hitaman.
  • Bila perlu risau? : Ianya jelas bahawa sebarang kehadiran darah di dalam najis perlu dirujuk kepada doktor. Doktor akan membuat keputusan sama ada perlu untuk melakukan ujian “colonoscopy”, sejenis ujian bagi memastikan kehadiran buasir, kancer usus, mahupun IBD.

 

CACING

  • Jika anda melihat najis anda mengandungi cacing berwarna putih, bersaiz kecil dan seakan akan benang, ia dikenali sebagai “pinworms”.
  • Jika cacing berekor panjang , berbadan rata, juga berwarna putih, ia dikenali sebagai “tapeworms”.
  • Anda berkemungkinan tinggi akan berasa gatal di bahagian dubur terutamanya waktu malam ketika cacing bertelur di sekitar dubur.
  • Bila perlu risau? : Jika anda mendapati ulat cacing berada di dalam najis anda, jangan risau! Pergi berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Rawatan yang akan diberikan adalah berbentuk antibiotik atau anti-parasit bergantung kepada jenis cacing.

 

 

 

Sumber : MenHealth – “What your poops say about you”

Advertisement