7 Petua Hilangkan Penyakit Kencing Tidak Lawas


- 24 Mar 16
View 1,744 : Today 1

Antara perkara yang membuatkan ramai antara kita STRESS, iaitu ketika mengalami keadaan kencing tak lawas. Serba serbi tak kena waktu tu, kejap kan ke toilet, tapi tak keluar pun air kencing.

Advertisement

Belum sampai lima minit terasa macam nak sangat dah terkencing tapi bila masuk toilet beberapa titik je keluar.

 

5249

 

Penat ulang alik pergi toilet ditambah sakit nak kencing yang boleh buat kita stress. Muka kita dah macam cekodok basi. Kencing tak lawas ini bukan dikategorikan sebagai penyakit, tetapi lebih kepada petanda atau symptom atau gejala penyakit yang lebih serius terutama untuk kaum Adam.

Ada lima keadaan yang dipanggil kencing tak lawas 

  • Air kencing keluar sendiri biarpun kita tidak terasa ingin kencing
  • Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita berkeinginan untuk kencing, puas meneran tapi keluarnya terlalu sedikit
  •  Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita sudah menanggung kesakitan untuk kencing
  •  Air kencing terlalu banyak biarpun baru sejam membuang air kencing
  • Rasa sakit ketika membuang air kencing, tetapi dalam masa yang sama rasa tidak puas menghabiskan air kencing

 

Kita perlu kenal pasti dulu punca utama kenapa kita mengalami keadaan ini, supaya keadaan ini tidak berulang di lain hari. Selalu kita dengar kan, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

 

 

Tiga Punca Utama Kencing Tidak Lawas

Kurang minum air

  • Bukan teh tarik mamak tau, kita kurang minum air masak atau air kosong.  Memang ada keadaan kita terlupa nak minum terutama waktu sibuk dengan meeting sana sini, dengan kerja yang tak pernah nak habis, lagi satu bila banyak minum banyak kali kena ke tandas, bab ni memang ramai antara kita yang kurang RAJIN.


Tahan kencing

  • Ini selalu juga kita buat, kalau dok leka buat sesuatu kerja sanggup tahan-tahan kencing atas sebab nak sudahkan dulu kerja baru nak pergi tandas, apatah lagi kalau tandas jauh dari tempat duduk.

 

Kebersihan alat sulit

  • Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.

 

 

7 Petua Hilangkan Kencing Tidak Lawas

Daun Sirih

  • Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.  Air rebusan sirih juga boleh dijadikan air basuhan alat sulit terutama untuk kaum wanita yang mengalami masalah keputihan.

 

Air Barli

  • Rebus sedikit barli hingga kembang, dan minum airnya. Jika perlu boleh ditambah gula. Air barli ini InshaAllah boleh membantu kita mengurangkan rasa sakit dan jika diamalkan selalu bagus untuk penyejukan badan.

 

Air basuhan beras terakhir

  • Simpankan segelas air basuhan beras, dan minum selepas kita selesai makan tengah hari. Boleh amalkan setiap hari sehingga masalah kencing tidak lawas kita sembuh. Tapi pastikan air yang kita gunakan itu air bertapis, bagi mengelak penyakit yang lain pula.

 

Jus Nenas

  • Nenas yang dimaksudkan di sini ialah nenas muda, hiris nipis. Kisar dua keping hirisan nenas tadi dengan segelas air masak. Tapis airnya dan boleh terus di minum.

 

Tanggal Semua Termasuk Seluar

  • Ketika membuang air kecil, tanggal semua seluar anda termasuk seluar dalam agar penyaluran air kencing menghala ke bawah dan lancar, sehingga tiada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

 

Squat Jump

  • Lakukan sebanyak 50 kali di sebelah pagi dan 50 kali di sebelah petang setiap hari. Ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot otot pada punggung penghidap

 

Perbanyakkan Berjalan Kaki

  • Berjalan kaki bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah ia mampu memberikan kebaikan dalaman juga.
Advertisement