Kesan Sampingan Ubat : Apakah Tindakah Yang Perlu Dilakukan?


- 25 Mar 16
View 3,727 : Today 1

Kesan sampingan ataupun “side effects” adalah kesan ubat yang tidak diingini dan berlaku pada dos yang biasa digunakan. Kesan sampingan boleh dijangka dan mungkin membawa faedah atau kemudaratan kepada pesakit.

Advertisement

Kesan sampingan ubat boleh menjadi ringan atau serius. Loya, muntah, dan rasa pening merupakan contoh kesan sampingan ubat yang ringan manakalah kesan sampingan ubat yang serius adalah seperti pendarahan.

Tips Mengurus Kesan Sampingan Ubat

rsz_ubat-tahan-mengantuk

MENGANTUK

Contoh Ubat :-

  • Ubat Selesema (seperti chlorpheniramine)
  • Ubat Batuk (seperti diphenhydramine)

Tindakan :-

  • Ambil ubat pada waktu malam sebelum tidur.
  • Jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin berat.

 

 

Businessman holding his stomach in pain or indigestion

PEDIH PERUT

Contoh Ubat :-

  • Ubat tahan sakit (seperti: Mefenamic Acid, Naproxen)
  • Ubat cair darah (seperti: Acetylsalicylic Acid)

Tindakan :-

  • Ambil ubat selepas makan. Jangan ambil ubat apabila perut kosong.
  • Jangan ambil ubat bersama sama minuman yang mengandungi alkohol atau kafein seperti teh dan kopi.

 

rsz_depositphotos_15760025_m

SAKIT KEPALA

Contoh Ubat :-

  • Ubat darah tinggi (seperti: Amlodipine)
  • Ubat sawan (seperti: Phenytoin)
  • Ubat penenang (seperti: Sertraline)

Tindakan :-

  • Bangun secara perlahan lahan. Sekirannya pening bertambah teruk, duduk seketika dan kurangkan pergerakan.
  • Pakai kasut yang bergetah dan rata untuk mengurangkan risiko jatuh.

 

rsz_vomit-gross-orig

LOYA, MUNTAH, & CIRIT BIRIT

Contoh Ubat :-

  • Ubat anti kanser (seperti: Tamoxifen)
  • Ubat antibiotik (seperti: Cephalexin)

Tindakan :-

  • Elakkan pengambilan makanan yang pedas, berminyak, berlemak, susu, kopi, dan jus sitrus.
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Minum air garam rehidrasi atau minuman isotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang dari badan akibat muntah atau cirit birit.

 

rsz_depositphotos_6301020_m

BATUK

Contoh Ubat :-

  • Ubat darah tinggi (seperti: Perindopril)

Tindakan :-

  • Sekiranya batuk berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

 

 

INGAT!!!

  1. Ambil tahu dan pelajari cara menguruskan kesan sampingan ubat.
  2. Minum air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
  3. Sekiranya keadaan semakin teruk, dapatkan rawatan lanjut daripada doktor.
Advertisement