Ketahui Manfaat Berjanggut Pada Kesihatan Anda

Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat trend berjanggut dah mula terkenal kembali dikalangan kaum lelaki. Kalau dulu, sesiapa yang berjanggut pasti akan digelar pak ustaz atau geng masjid, tapi kini tidak lagi.

Memang nampak macho kalau lelaki berjanggut. Dipadankan pula dengan kemeja T, jeans dan kasut butt, terselah betul sebagai lelaki maskulin.

Namun, imej berjanggut ini sering dihimpit dengan kritikan seperti lelaki tak terurus, tak ada duit nak bercukur, nampak macam mat Pakistan dan macam-macam lagi. Jadi bagi anda yang berjanggut, pastikan janggut sentiasa dirapikan kalau tak nak kena bahan macam tu!

Selain meningkatkan imej maskulin anda, janggut ini juga baik untuk kesihatan. Ia terbukti melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh pengkaji barat.

 

Jom! kita lihat kebaikan janggut kepada anda:

1. Melindungi wajah dari sinar UV

.Kajian dari University of Southern Queensland, Australia menunjukkan janggut dan jambang mampu melindungi kulit muka sebanyak 80%-90% daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana bahagian yang dilindungi bulu seperti janggut atau jambang kurang terdedah kepada sinaran UV.

Jadi, semakin lebat janggut dan jambang anda, semakin selamat kulit muka anda!

2. Melembapkan kulit muka

Selalunya yang minat pakai pelembap muka ini adalah kaum wanita sahaja. Tapi jangan risau, lelaki juga tak perlu risau dengan masalah kulit muka keraing sebab mereka dah ada pelembap semulajadi, iaitu janggut! Ini kerana bahagian kulit yang berbulu ini terdapat kelenjar sebaceous, yang merembeskan minyak dikenali sebagai sebum.

Sebum ini pula bertindak melembapkan kulit muka sepanjang hari dan merawat sel-sel muka agar tak cepat tua.

3. Baik untuk sistem pernafasan

Apa kena mengena janggut dengan pernafasan? Ada. Melalui kajian, rerambut boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada memasuki rongga pernafasan.

Oleh itu, janggut amatlah baik bagi mereka yang alah dengan hama atau habuk dan terutama bagi penghidap asma.

4. Meningkatkan kesuburan lelaki

Janggut dipercayai mengandungi hormon testosteron yang sangat baik untuk kesuburan lelaki. Lagi lebat janggut, lagi banyak meningkat hormon tersebut. Jadi kalau nak subur, simpanlah janggut.

5. Merangsang kesuburan wanita

Bukan sahaja baik untuk lelaki, manfaatnya tempias juga kepada wanita. Janggut juga boleh merangsang dan menstabilkan kitaran haid wanita, seterusnya meningkatkan kesuburan wanita. Caranya, mudah sahaja! Iaitu dengan hanya membelai janggut lelaki

Para wanita bolehlah belai janggut suami anda kalau nak subur. Tapi suami sendiri sahaja, jangan suami orang lain!

images

Akhirnya, bagi umat Islam, janggut merupakn sunnah yang diwarisi daripada Nabi kita dan akan beroleh pahala bagi yang mengamalkannya.

“Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi (menyembah berhala) memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu”(Riwayat Ibnu Hibban)

 

Anda Nak Tumbuh Jambang ? Dah Cuba Macam² Produk Tapi Jambang Masih Tak Tumbuh?

Anda Perlu Guna MISTIX MEN BEARD GROW – KLIK UNTUK INFO PRODUK