6 Petua Hilangkan Buasir Yang Tidak Ramai Orang Tahu


- 8 Apr 16
View 1,956 : Today 1

“Psstt, malulah nak cakap doktor….saya ada buasir”. 

Advertisement

Situasi ini memang normal kerana buasir terjadi pada anggota badan yang sangat privasi. Hendak tunjukkan pada doktor pun terpaksa tebalkan muka. Namun sebab menanggung sakit, tahankan sajalah.

 

Penyakit-Buasir

Macam Mana Boleh Terkena Buasir?

Buasir terjadi apabila saluran darah venus mengembang dan membengkak di sekitar dubur. Terdapat dua jenis buasir. Jika terjadi dalam bahagian rektum, ia dipanggil buasir dalam.

Biasanya ia tidak menyakitkan manakala buasir luar, berlaku di luar pembukaan dubur dan selalunya menyakitkan terutamanya sewaktu meneran serta menimbulkan rasa gatal hingga semuanya serba tidak kena.

 

Man with hemorrhoids

Hanya orang mengandung atau hamil sahaja?

Wanita mengandung sering mengalami masalah ini kerana rahim yang semakin membesar menekan perut dan saluran venus di kawasan dubur.

Begitu juga pada mereka yang duduk dan berdiri dalam jangka masa yang lama. Berat badan berlebihan, cirit-birit yang teruk dan sembelit juga jadi faktor penyumbang.

 

Mesti anda tercari-cari cara untuk sembuhkan atau kecutkan buasir bukan? Ikuti tips di bawah ini :-

 

Petua Menghilangkan Buasir

1. Ubah corak pemakanan

Utama sekali, anda perlu ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.

 

2. Minum air dengan kerap

Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.

 

3. Jangan berdiri atau duduk terlalu lama

Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

 

4. Jangan meneran dengan kuat

Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

 

5. Jangan tahan berak

Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

 

6. Jangan lengah mendapatkan rawatan

Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

 

 

Rujukan :-

@via Siraplimau.com

Advertisement