Jaga ‘Telur’ Baik-Baik Guys!


- 11 Apr 16
View 7,092 : Today 1

Jangan abaikan aset berharga mu itu! Selalunya lelaki memikirkan saiz dan bentuk zakar, tetapi selalu terlepas pandang tentang ‘telurnya’.

Advertisement

Sedangkan bahagian itulah yang perlu dijaga sebaiknya. Seks berkualiti bukan sekadar kerana zakar, tetapi apa yang mampu dihasilkan oleh ‘telur’ anda. Entri kali ini berkongsi info tentang testis kesayangan anda itu.

 

Bagaimana Untuk Menjaga “Telur” Anda Dengan Baik?

Laptop-cooling-pad

  • PASTIKAN ‘TELUR’ SEJUK

Jangan sesekali meletakkan komputer riba di atas paha anda. Menurut kajian Fertility and Sterility Study, suhu panas komputer riba akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Kata pakar urologi, Larry Lipshultz, M.D., eloklah komputer riba diletakkan di atas meja jika anda mahu menggunakannya.

 

 

 

men-sleeping-_t6tj

  • TIDUR UNTUK JAGA ‘KANTUNG’

Kurang tidur akan merembeskan hormon stres. Sekali gus ia akan mengurangkan penghasilan sperma kata Tobias Kohler, M.D., M.P.H., F.A.C.S., seorang profesor bidang urologi di Universiti Illinoiis Selatan.

 

 

 

1930317595001_normal_testicle_different

  • PERHATIKAN SAIZ ‘TELUR’

Menurut Journal of Sexual Medicine, lelaki yang berusia mempunyai ‘telur’ dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung.

Dalam jjurnal itu disebut, kerosakan pembuluh darah menyebabkan saiz testis berubah. Oleh itu, anda perlu perhatikan saiz ‘telur’ anda selalu.

 

 

 

vasectomyreversed

  • USAH TERBURU-BURU

Proses vasektomi tidak menyebabkan masalah ED mengikut sebuah jurnal kesihatan seksual di Amerika Syarikat. Jika anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 72 jam selepas proses ini boleh menyebabkan rasa sakit, senak atau pendarahan.

 

 

 

Pants-Phone

  • TELEFON BIMBIT DALAM SELUAR

Banyak kajian yang berjaya membuktikan telefon bimbit tidak elok untuk kesihatan ‘telur’ anda. Seeloknya, jauhkan telefon bimbit daripada anda terutamanya pada waktu tidur. Haaa… Ubahlah tabiat suka menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar anda.

 

 

 

the-irish-times-have-discovered-how-often-irish-people-masturbate

  • BAHAYA URAT MENGEMBANG

Jika urat dalam skrotum anda mengembang, ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau kemandulan. Aduh, bahaya! Oleh sebab itu, anda tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar sebaik selepas memancutkan air mani.

Advertisement