6 Tips Senaman Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

Setiap orang mendambakan raut muka yang cantik dan kemas. Bagi lelaki, mereka lebih mengharapkan bentuk wajah mereka mengikut bentuk tulang pipi agar nampak lebih kemas, lebih-lebih lagi bila nak simpan jambang.

FILE - This March 10, 2013 file photo shows Canadian actor Ryan Gosling posing for a portrait in New York. In his latest film, a,ÄôOnly God Forgives,a,Äú the Canadian actor plays a drug-smuggling mamaa,Ä¢s boy. In one scene, his character gets humiliated by his mother at dinner after he brings a hooker, posing as his girlfriend, to meet mom, played by Kristin Scott Thomas. (Photo by Victoria Will/Invision/AP, File)

Tetapi yang menjadi masalahnya bila dagu anda berlapis. Kalau orang berbadan gemuk memang pasti akan hadapi masalah ini. Malangnya, ada juga orang yang berbadan kurus mengalaminya. Antara punca mengapa masalah ini berlaku ialah:

  • Obesiti yang menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian leher dan dagu.
  • Kulit hilang keanjalan disebabkan faktor umur.
  • Otot bahagian dagu jarang digunakan, otot platysma yang berjalan turun dari rahang anda bersama-sama leher anda.
  • Hilang berat badan terlalu cepat menyebabkan kulit longgar di bahagian dagu.

 

 

Paling mudah dan cepat untuk hilangkan dagu berlapis adalah dengan pembedahan, dikenali sebagai  chin liposuction. Namun, kosnya yang agak mahal menyebabkan ramai yang tak mampu.

Lagipun, buat apa nak berhabis duit dengan pembedahan kalau ada cara semulajadi yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Jom! sama-sama kita praktikkan senaman di bawah untuk hilangkan dagu berlapis:

1. Ngangakan mulut

Buka seluas-luasnya mulut anda dan cuba jelirkan lidah sejauh yang anda mampu. Kemudian, cuba sentuh dagu dengan lidah anda. Kalau dah, tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Nanti akan rasa bahagian dagu dan otot leher mengetat.

facial-yoga-lion-face22

2. Gantungkan kepala

Nak bunuh diri ker? Bukan. gantung kepala maksudnya anda baring atas katil atau sofa dan cuba lebihkan kepala keluar dari kawasan katil atau sofa, seolah-olah tergantung. Kemudian, angkat dagu dan hampirkan ke dada anda. Tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Jaga-jaga jangan sampai sakit leher!

3. Chin lift

Ini paling senang untuk anda lakukan. Tegakkan badan anda dan luruskan bahagian leher. Perlahan-lahan panjangkan leher ke atas dan muncungkan bibir anda juga ke atas. Nanti anda dapat rasakan bahagian leher dan muka anda menegang. Tahan selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali.

Chin-Lift

4. Pusingkan kepala

Tegakkan badan anda dan luruskan bahagian leher. Kemudian, pusingkan kepala anda ke bahagian kanan dan selarikan dagu anda dengan bahu. Perlahan-lahan pusingkan ke bawah pula diikuti ke bahagian sebelah kiri. Ulang sebanyak 10 kali.

5. Senaman platysma 

Pernah nampak muka orang meneran atau marah? Cuba buat muka seperti itu, iaitu tarikkan bahagian bibir lebih daripada gigi dan tarik ke bawah pula. Tahan dalam postur itu selama 10 saat dan ulang semula sebanyak 10 kali. Kalau anda buat menghadap cermin, anda akan lihat bahagian dagu dan leher anda menegang.

hqdefault

6. Gunakan bola kecil

Ambil bola bersaiz kecil seperti bola lesut atau bola tenis, letakkan di bawah bahagian dagu anda dan kepitkkan di antara dagu dan leher. Sama juga, ketatkan dalam tempoh 10 saat dan ulang 10 kali

Tetapi! Point yang paling penting anda perlu kuruskan badan untuk elakkan dagu berlapis-lapis!

 

Sumber