Rahsia Abdomen Rata, Badan Kekar!


- 12 Apr 16
View 2,336 : Today 1

Mungkin ada di kalangan anda mula menyentuh perut mengenangkan perut sedang naik mendadak. Taktik menarik nafas ketika bergambar supaya nampak kurus bukan lagi rahsia terbaik kerana sampai bila anda boleh bertahan dengan wajah lucu menahan nafas tanpa disedari.

Advertisement

Rahsia lelaki perut rata ini mungkin boleh dijadikan panduan.

 

 

 

Rahsia Abdomen Rata, Badan Kekar!

maxresdefault (4)

  • Pelbagaikan senaman rutin

Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.

Untuk meningkatkan lebih stamina, lakukan pelbagai jenis senaman seperti mencampuradukkan latihan kardio seperti berlari, beryoga dan melakukan seni pertahankan diri.

 

 

gym-motivation-tips-1-workout-buddy-1091614-TwoByOne

  • Cari rakan yang juga mementingkan kecergasan

Godaan makanan yang sedap dan permainan iklan yang menggugatkan selera anda boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang tegap. Anda perlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama.

Selain berkongsi minat mempunyai bertubuh kekar, anda boleh bersaing secara sihat dan ini akan membuatkan anda mahu berusaha lebih keras.

 

 

 

heres-the-brilliant-new-nutrition-label-that-will-make-america-healthier

  • Baca senarai nutrisi pada label

Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai  lemak tran dan hadkan kandungan gula.

Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.

 

 

 

vital_ingredients_artwork-copy1

  • Hasilkan masakan yang ringkas

Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin.

Untuk perisa, elak mengambil garam sebaliknya gantikan dengan herba.

 

 

 

Man doing push-ups in a fitness studio

  • Tingkatkan stamina dengan senaman ringan

Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat, tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa di gim tetapi anda boleh melakukan  ‘push-up’ untuk menguatkan otot abdomen, dada dan bahu ketika dirumah mahupun pejabat. Ambil beberapa minit untuk melakukan senaman ini supaya ia boleh dijadikan rutin dan membentuk otot dengan mudah.

 

 

 

high-intensity-cardio-debate-main

  • Setia dengan senaman kardio

Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada ‘treadmill’ di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.

 

 

 

hw_handportionchart_1222

  • Kira saiz hidangan

Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari.

Untuk memudahkan anda, anda boleh mengira saiz hidangan makanan dengan merujuk laman sesawang http://stats.areppim.com/calc/calc_serving.php.

 

 

Fruits-and-Vegetables

  • Perbanyakkan sayur dan buah

Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.

Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich.

Buahan campur yang dihiris dan digaul bersama yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek sihat sepanjang masa.

Melatih diri dengan senaman kardio dan mengetahui saiz hidangan bukanlah perkara susah sebaliknya ia menjadi perkara paling menarik lebih-lebih lagi jika anda hanya melakukannya dengan santai. Santai, santai juga tetapi hasilnya pasti menakjubkan!

Advertisement