Selalu Kena Kaki “Cramps”? 3 Langkah Mudah Untuk Hilangkannya

Arghh! Tolong weh! Kaki aku cramps!

Fuh! tak tertanggung rasanya kalau kaki tiba-tiba kejang atau bahasa inggerisnya cramps. Ia datang tak siapa pun boleh jangka. Boleh jadi ketika bersukan, bangun dari tidur dan kadang-kadang duduk saja-saja pun boleh jadi kejang!

Kejang pada bahagian kaki ini biasanya disebabkan  oleh otot mengalami kontraksi terlalu keras, biasanya terjadi pada otot betis, bawah bahagian lutut dan mempengaruhi otot-otot kecil yang lain. Biasanya kaki kejang berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.

Nak kena pergi hospital ker???

Tak payah. Anda boleh cuba 3 langkah ini untuk hilangkannya:

1. Standing Calf Stretch

480_1

Cuba berdiri menghadap ke dinding. Tapakkan kedua belah tangan anda ke dinding separas dengan muka anda. Lenturkan kaki kanan sedikit dan kaki kiri lurus di belakang. Perlahan-lahan turunkan badan menghala ke dinding. Tahan 10 saat dan ulang kepada kaki kiri pula. Lakukan 3-4 set.

2. Hamstring Standing Stretch

young athlete man stretching legs and warming up calf muscles before running workout leaning on bridge railing on city urban park working in summer morning training session

Mudah sahaja. Letakkan kaki kanan anda di atas tempat tinggi seperti meja atau kerusi dan luruskan. Kaki kiri pula ditegakkan untuk seimbangkan badan. Kemudia, luruskan tangan ke hadapan dan cuba pegang jari kaki kanan sampai dapat. Tahan 10 saat dan tukar kaki pula. Lakukan 3-4 set.

3. Seated Calf and Hamstring Stretch

seated-hamstring-stretch

Sekarang, duduk atas lantai dengan kaki dilunjurkan ke hadapan. Depakan tangan ke hadapan dan cuba sentuh jari kaki. Pastikan badan sentiasa lurus. Ulang 3-4 set.

Amalkan senaman-senaman ini untuk nyahkan kaki kejang dari hidup anda!

 

Sumber