Tahukah Anda Maksud Sebenar Di Sebalik Label Makanan?

** CORRECTS TO SPELL MEAT FROM MEET **Dan Hogan, 32, looks for a good cut of meat for a steak and eggs meal that he said, ?I?ve been craving all day,? at the Cub Foods grocery store in Burnsville, Minn., on Wednesday, March 29, 2006. Based on research that Cargill Inc. recently conducted, the company discovered that eight of 10 shoppers were baffled by the meat case at their stores. (AP Photo/Jayme Halbritter)

“Macam-macam label makanan sihat digunakan pada produk makanan di pasar raya ni. Sampai keliru aku nak pilih yang terbaik antara semua. Yang itu ok, yang hujung sana pun ok, ishhh pening nak fikir. Susah-susah ambil sajalah semua dan bayar”.

Siapa kata senang nak cari bahan makanan di pasar raya?

Memang banyak pilihan, tapi tak ramai yang benar-benar faham apabila membaca kandungan nutrisinya, terutamanya apabila mencari label makanan sihat.

 

maksud-label-makanan-1024x569

Adakah Makanan Ini Benar-benar Menyihatkan?

Kini, terdapat banyak label makanan sihat seperti organik, ‘low fat’, ‘less sugar’, ‘less fat’, ‘fresh product’, dan banyak lagi yang susah nak sebut.

Tapi, adakah makanan dengan label ini benar-benar baik untuk kesihatan seperti yang diwar-warkan?

Walaupun ramai yang berhati-hati dalam membeli barang keperluan rumah, kadangkala sesetengah label bukanlah ‘sihat’ seperti yang kita sangkakan. Maka, cuba fahami dulu beberapa label makanan sihat yang biasa dilihat ini.

Maksud ‘Sebenar’ Di Sebalik Label Makanan Sihat

organic1

1. Organik

Selalu kita dengar: Organik bermakna lebih bagus untuk kesihatan.

Fakta : Organik bermaksud tiada penggunaan racun serangga dalam proses penanaman. Tapi, tiada bukti mengatakan produk ini lebih kandungan nutrisi.

Apa pun, jika ia melibatkan buah-buahan organik seperti buah epal, pic dan sebagainya, pastikan ia juga dicuci dengan bersih dan jika boleh, buang kulitnya sebelum dimakan.

 

 

label-makanan-sihat-1

2. Bijirin Penuh

Selalu kita dengar: ‘Go whole grains or nothing’

Fakta : Sumber terbagus untuk fiber kerana ia dapat mengenyangkan perut dalam tempoh lama.

Ia juga bagus untuk kesihatan kerana dihasilkan daripada bijirin sepenuhnya.

 

 

450x300_low-fat

3. ‘Low-fat’

Selalu kita dengar: ‘Low fat’ = sihat

Fakta : Periksa dahulu kandungan ‘Fakta Nutrisi’ yang terdapat pada produk ‘Low-fat’ ini sebelum membeli.

Adakah ia betul-betul kurang lemak seperti yang dikatakan?

Elak beli produk yang tinggi kandungan garam, gula, lemak, lemak tepu dan kalori.

 

 

icecek

4. 100% Jus Buah

Selalu kita dengar: Dihasilkan daripada buah-buahan asli dan segar

Fakta : Tiada air jus terutamanya dalam kotak yang 100 peratus dihasilkan daripada buah jika dibandingkan dengan buah-buahan segar atau yang diperah sendiri.

Ini kerana jus buah dalam kotak dengan label ‘fruit juice drink’ biasanya tinggi kandungan gula.

 

 

Fresh-Vegetables

5. Produk Segar

Selalu kita dengar: Lagi segar produk, lagi bagus

Fakta : Kebanyakan produk segar ini didinginkan pada suhu terendah untuk mengekalkan kandungan nutrisi di dalamnya.

Bukan sahaja anda dapat produk yang segar malah bagus untuk kesihatan.

 

 

 

Milk-Products-4

6. Produk Tenusu

Selalu kita dengar: Semua produk tenusu menggemukkan

Fakta : Meskipun kaya dengan sumber kalsium, protein dan vitamin D, produk tenusu juga tinggi lemak, kolesterol dan kalori.

Jika ingin mendapatkan sumber kalsium, ambil susu dengan ‘fat-free’ atau yogurt dengan kandungan gula rendah.

 

 

0415p06-Frozen-Food-Aisle-3x2

7. Makanan Sejuk Beku

Selalu kita dengar: Kurang kandungan nutrisi

Fakta : Elak beli makanan sejuk beku yang tinggi lemak dan garam serta yang perlu digoreng terlebih dahulu.

Memandangkan ramai yang sudah beralih kepada makanan jenis ini pastikan ia mengandungi protein, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

 

 

Buat Pilihan Bijak!

Kaji kandungan nutrisi dengan membaca label makanan sihat ini terlebih dahulu untuk mengetahui kandungan kalsium, protein, garam, gula, kalori dan sebagainya.

Tidak semua yang diwar-warkan itu betul 100%. Nilailah sebelum anda membuat pembelian demi kesihatan anda seisi keluarga.