4 Cara Puaskan Suami Ketika Haid Di Ranjang

Sebagai isteri, pernah tak anda terfikir bagaimana untuk puaskan suami ketika haid?Sebagai seorang isteri, tugas untuk melayan suami adalah salah satu tanggungjawab anda dalam mengharungi alam perkahwinan. Melayan suami bukan sahaja dalam aspek zahir, iaitu makan minum suami, tetapi juga merangkumi aspek batin, iaitu memuaskan nafsu suami.

Advertisement

Walaupun kepuasan batin bukanlah faktor utama yang menentukan kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga, faktor ini adalah antara faktor terpenting yang memainkan peranan untuk membantu meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.

Kaum lelaki terkenal dengan kaum yang mudah terdetik nafsunya. Lihat perempuan seksi sahaja dan “stim”. Walaupun terdapat lelaki yang telah belajar untuk mengawal nafsu mereka, secara nalurinya mereka masih dikekang oleh jajahan nafsu yang sukar dikawal.

Saya pasti suami anda juga tidak terkecuali!!

PUASKAN SUAMI KETIKA HAID ‘DIHARUSKAN’

Anda jangan terkejut jika saya katakan sebenarnya puaskan suami ketika anda Haid adalah diharuskan.

Ya sebagai isteri anda diharuskan melayan dan puaskan suami ketika haid dengan sebarang cara sekalipun kecuali yang dilarang, iaitu jimak atau hubungan seks melalui faraj dan dubur.

Jadi jika tak boleh berjimak atau melakukan hubungan seks, bagaimana nak puaskan nafsu suami ketika haid?

Nafsu batin adalah antara nafsu yang sukar dikekang. Boleh datang pada bila-bila sahaja, tak kira tempat dan masa. Jika ketika anda haid, suami anda berkeinginan dan nafsu seksnya membuak-buak tanpa dapat ditahan lagi, anda boleh cuba beberapa kaedah atau cara puaskan suami ketika haid berikut.

MENGGODA SUAMI DENGAN FOREPLAY

Anda boleh membuatkan suami anda klimaks dengan mudah, walaupun ketika anda sedang Haid. Oleh itu kenapa pula anda perlu menggoda suami terlebih dahulu? Bukankah lebih mudah “straight to the point”?

Ada sebabnya. Bercumbu dan menggoda suami sebelum membuat suami klimaks akan membuatkan suami anda lebih puas dan nikmat.

Malah suami anda juga akan berterima kasih dan lebih menghargai anda sebagai isteri beliau kerana walaupun anda sedang haid, anda masih meluangkan masa dan tidak ambil mudah dalam tanggungjawab dan tugas anda sebagai seorang isteri.

GUNAKAN TANGAN ANDA – HANDJOB

Handjob adalah salah satu teknik puaskan suami ketika haid. Bagi yang masih samar-samar apa yang dimaksudkan dengan handjob, di mana anda selama ini?

Secara mudah, definisi “handjob” adalah melakukan masturbasi kepada suami anda, atau melancap suami anda dengan tangan. Jika sebelum ini suami anda yang melakukan ‘handjob’ terhadap dirinya sendiri, kali ini anda akan mengambil alih tugas tersebut.

Untuk pengetahuan anda, boleh dikatakan majoriti atau hampir semua lelaki pernah melancap dalam hidup mereka. Statistik menunjukkan 14.1% memulakan masturbasi pada umur 10 tahun, 13% umur 11 tahun, 27.9% umur 12 tahun, 11.8% umur 14 tahun, dan 5.5% umur 15 tahun, dan selebihnya pada umur lain.

Perlukah saya terangkan dengan lebih detail bagaimana untuk melakukan ‘handjob’?

Tak sukar sebenarnya untuk melakukan handjob bagi yang belum pernah mencubanya. Cara paling mudah adalah bertanya kepada suami anda bagaimana beliau ingin anda melakukan ‘handjob’ kepada beliau. Kebanyakkan suami akan menjawab soalan ini tanpa segan silu dan memberikan ‘modus operandi’ terbaik kepada anda.

Walaubagaimanapun jika anda ingin kelihatan seperti ‘pakar’ di ranjang, dan membuat suami anda kagum dengan skill ‘handjob’ anda, amalkan tips handjob berikut.

  • Jangan biarkan kering
    Tidak ada yang lebih menyakitkan pada zakar suami anda selain daripada tangan anda yang kering ketika melakukan handjob. Oleh itu gunakan sedikit pelincir pada tangan anda sebelum melakukan handjob pada suami, atau gunakan sahaja pelincir semulajadi, iaitu air liur anda.
  • Slow and Steady
    Jangan tergesa-gesa atau tergopoh gapah walaupun suami anda suka kan aksi rakus. Gerakkan tangan anda ke atas dan ke bawah perlahan-lahan ketika mula melakukan handjob. Anda boleh menambah kelajuan perlahan-lahan mengikut reaksi suami anda.
  • Gunakan kedua-dua tangan
    Oleh kerana kaum lelaki tidak mempunyai zon erotik seperti payudara, atau biji kelentit yang perlu dibelai, anda boleh menumpukan sepenuh fokus anda pada zakar suami dan menggunakan kedua-dua tangan anda untuk melakukan handjob.
  • Variasikan gerakan
    Jangan hanya menggunakan gerakan naik turun sahaja ketika melakukan handjob. Variasikan gerakan anda. Pusingkan tangan anda, atau gerakkan tangan ke kiri dan ke kanan. Gunakan imaginasi anda dan lihat reaksi suami. Kenalpasti gerakan yang mana satu buat beliau mengerang kesedapan.

Bagaimana jika suami anda tidak tahan dan hampir klimaks ketika anda melakukan handjob? Tiada masalah. Ini lah tujuan utama anda melakukan handjob, iaitu untuk puaskan suami ketika haid. Oleh itu pastikan handjob yang anda lakukan benar-benar memuaskan hati suami.

GUNAKAN BIBIR DAN LIDAH – SEKS ORAL

Kalau nak ikutkan, handjob sahaja sudah cukup untuk membuat kaum lelaki klimaks. Tetapi jika anda ingin memberi lebih nikmat kepada suami, tiada salahnya anda meningkatkan kualiti layanan anda terhadap suami untuk puaskan suami ketika haid dengan menambah rencah seks oral dalam rutin anda.

Seperti yang anda tahu, bibir dan lidah akan memberi kesan rangsangan yang berbeza kepada zakar suami anda berbanding tangan. Selalunya menggunakan bibir dan lidah untuk merangsang zakar, iaitu seks oral akan membuat suami anda lebih nikmat dan puas.

Dan jika anda belum tahu, seks oral akan membuat klimaks suami anda lebih pantas, hebat dan puas.

Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk melakukan seks oral pada zakar suami, atau lebih dikenali sebagai “blowjob”, atau “fellatio”?

Teknik blowjob atau fellatio sebenarnya amat mudah dan tidak memerlukan sebarang ‘skill’ yang sukar. Caranya ialah dengan membayangkan zakar suami anda sebagai sebatang ais krim. Apa yang anda lakukan ketika anda makan ais krim? Lakukan perkara yang sama kepada zakar suami anda.

Bayangkan zakar suami anda adalah sebatang ais krim yang menyelerakan pada hari yang panas terik. Hilangkan haus anda dengan zakar suami. Tak susah kan?

SELEPAS SUAMI KLIMAKS

Kebanyakkan isteri yang melakukan handjob atau blowjob untuk puaskan suami ketika haid akan terus meninggalkan suami, atau mengabaikan suami selepas suami mereka klimaks? Perbuatan ini amat ‘kejam’.

Apa salahnya anda melayan suami seketika selepas beliau klimaks. Anda boleh membantu membersihkan zakar beliau, atau bergurau dengan suami yang keletihan selepas klimaks. Boleh juga anda sediakan minuman untuk menghilangkan penat suami.

Kata kunci di sini ialah jangan tinggalkan terus suami dan pergi melakukan kerja-kerja lain selepas suami klimaks.

TIADA MASALAH WALAUPUN HAID

Sekarang anda sudah tahu bahawa haid bukanlah alasan untuk mengelak daripada menunaikan tanggungjawab anda untuk menunaikan nafkah batin suami. Gunakan tips-tips yang saya berikan di atas untuk puaskan suami ketika haid.

Percayalah suami anda akan terharu dan menghargai apa yang anda lakukan. Isteri tersayang yang masih setia dan tidak teragak-agak untuk melayan beliau walaupun ketika haid.

Advertisement