Benarkan Puas Hanya Selepas Klimaks?

Bahagiakah hubungan seksual anda? Pasti ramal pasangan yang masih ragu-ragu untuk memberikan jawapannya tambahan pula kita sendiri tidak tahu apakah ukuran yang hendak digunapakai bagi menentukan perkara ini.

Kebahagiaan hubungan seksual sebenarnya bukan hanya bermaksud anda mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan intim tapi membawa erti yang lebih mendalam. Terangkum dalam makna kebahagiaan seksual adalah menikmati proses sebelum mencapai klimak seperti sentuhan, belaian dan cumbu-cumbuan bersama pasangan.

 

man-and-woman-having-sex-on-bed

Sebenarnya proses inilah juga yang memberi keseronokan pada pasangan suami isteri. Jadi hargailah waktu intim yang dilalui bersama pasangan sebelum anda menikmati puncak seksual kerana itu juga sebenarnya kebahagiaan seksual.

Tanpa merasai nikmat proses tersebut anda dan pasangan mungkin tidak mencapai puncak seksual iaitu klimaks.

Namun selain daripada dua perkara tersebut beberapa hal berikut juga akan membantu anda menghargai apa yang dimaksudkan kebahagiaan seksual

 

BENARKAH PUAS HANYA BILA KLIMAKS?

man-and-woman-in-bed

  • Sentuhan Dan Belaian

Kesenangan seksual selalunya difokuskan rangsangan genital dan klimaks isteri. Sebenarnya kesenangan seksual juga turut berkaitan dengan sudut mental dan psikologi. Ciptakan pengalaman sensual yang dapat meningkatkan kesenangan non genital juga genital.

Sentuh setiap bahagian tubuh dengan cara bervariasi dan imaginatif. Namun bukan setakat sentuh, belailah tubuh pasangan anda dengan lembut dan manja.

Bagi wanita inilah perkara yang cukup dimahukan daripada suami. Keadaan yang sama juga harus dilakukan oleh isteri pada suami.

woman-man-kissing-in-bed

  • Perasaan Erotis

Kebahagiaan seksual bermula dengan diri sendiri. Bangkitkan perasaan erotis bagi mendorong hubungan intim yang hebat. Perasaan erotis akan muncul apabila anda memperoleh ketenangan fizikal, fikiran dan jiwa anda. Jika anda merasa senang, santai dan fikiran terbuka, anda akan mencipta potensi luar biasa dari tubuh dan jiwa untuk kesenangan erotis.

Tapi berlainan jika fikiran anda kusut dan juga tidak tenteram, pasti sukar untuk membangkitkan perasaan erotis.

111

Tubuh Yang Sihat

Kesihatan fizikal penting untuk mendapatkan kesenangan dan merasai kenikmatan seksual. Keadaan jantung yang baik akan meningkatkan fungsi seksual.

Senaman seperti yoga dan aerobik dapat meningkatkan fleksibiliti tulang belakang dan pinggul di samping juga menyediakan aliran tenaga ke seluruh tubuh.

Jadi, jangan malas untuk bersenam.

 

 

man-at-bed

Tak Perlu Ubat-ubatan

Ramai yang melakukan pelbagai perkara untuk mengecap kebahagiaan seksual dan klimaks untuk pasangan. Antara cara yang dilakukan adalah dengan menggunakan ubat-ubatan moden ataupun tradisional.

Tapi ingatlah bahawa penggunaan ubat-ubatan untuk tujuan ini kenyataannya hanya akan menyebabkan kegelisahan, jadi ia tidak sama sekali membantu.

Malah memberi kesan yang sebaliknya.

 

 

generic-viagra-for-man-erectile-dysfunction-treatment

Masa Yang Sesuai

Sisihkan waktu untuk seks ketika anda tidak terburu-buru atau tidak dalam keadaan tertekan. Ciptakan waktu istimewa dan jadikan ia sebagai rutin.

Jangan pula memandang pelik pada pasangan anda apabila dia meminta untuk melakukannya lain dari yang biasa.