Teknik Hebat Pancutkan Isteri Dengan Lidah


- 22 Apr 16
View 18,272 : Today 1

Apa yang perlu anda tahu ialah lidah mempunyai pelbagai reseptor deria yang tidak terdapat pada bahagian lain pada tubuh anda. Oleh itu lidah amat sensitif dan jika kena tekniknya, boleh digunakan untuk memberikan kepuasan berganda kepada isteri sehingga beliau klimaks dan pancut.

Advertisement

TEKNIK HEBAT PANCUTKAN ISTERI DENGAN LIDAH

Men-foreplay-pic

  • Lidah Untuk Foreplay

Kebanyakkan suami kurang menggunakan kuasa lidah dalam aktiviti seks. Mereka lebih gemar menggunakan tangan untuk membelai dan menggomol isteri. Mungkin kerana sikap “macho” lelaki itu sendiri yang berasa berkuasa apabila dapat meramas payudara isteri, atau menggosok kemaluan isteri dengan tangan. Ini merugikan, kerana berbanding tangan, lidah lebih efektif untuk meningkatkan ghairah isteri anda.

Selepas ini cuba banyakkan penggunaan lidah ketika foreplay. Selain menggunakan lidah ketika bercium, cuba gunakan lidah anda untuk membelai bahagian lain pada tubuh isteri. Sebagai contoh jika sebelum ini anda menggunakan tangan untuk meramas dan menggentel puting payudara isteri anda, selepas ini cuba gunakan lidah sepenuhnya.

Gunakan kuasa bibir dan lidah untuk menjilat, menghisap dan menggigit(lembut) payudara isteri anda.

man-woman-in-bed

Begitu juga pada bahagian lain yang sensitif pada tubuh isteri anda. Gunakan lidah anda bersama tangan anda. Jika sebelum ini anda tidak pernah menjilat pangkal paha isteri anda, cuba dan lihat beliau mengeliat kesedapan.

Perut, pusat, tangan, dan banyak lagi bahagian pada tubuh isteri anda yang boleh anda terokai sepenuhnya dengan lidah anda.

Tahu tak terdapat teknik Kamasutra yang dikenali sebagai “Mandi Kucing”? Teknik ini amat hebat dan boleh membuatkan isteri anda hilang kawalan diri. Teknik mandi kucing ini dilakukan dengan para suami “memandikan” isteri mereka dengan lidah. Dalam erti kata lain, suami akan menjilat keseluruhan tubuh isteri dengan lidah.

 

  • Lidah Pada Kemaluan Isteri

Jika sebelum ini anda pernah menggomol kemaluan isteri anda dengan bibir dan lidah, anda mungkin perasan yang isteri anda akan lebih mengeliat kesedapan berbanding ketika anda menggunakan tangan semata. Kenapa ini berlaku?

Kerana lidah dan bibir memberikan rangsangan yang berbeza kepada alat sulit isteri, berbanding tangan anda. Air liur pada lidah juga membantu merangsang isteri.

Walaubagaimanapun anda perlu mengaplikasikan teknik yang betul jika anda ingin membuat isteri anda benar-benar terangsang dengan lidah anda pada kemaluan beliau. Tidak boleh hentam keromo. Seringkali kesalahan yang dilakukan oleh para suami ialah tidak menggunakan teknik lidah yang betul ketika menggomol kemaluan isteri mereka, dan ini akan membuatkan isteri mereka tidak benar-benar terangsang dan sukar puas ketika bersetubuh.

 

Contohnya ketika mula menghampiri kemaluan isteri anda, anda tidak boleh terus menuju ke arah biji kelentit. Anda perlu menjilat bahagian di sekeliling biji kelentit terlebih dahulu.

Jika anda terus menyerang biji kelentit isteri dengan lidah kerana isteri anda belum benar-benar bersedia dan ini akan membuatkan beliau hilang mood.

Larikan lidah anda di bahagian luaran kemaluan beliau dan apabila beliau bersedia, iaitu faraj beliau benar-benar basah dan biji kelentit beliau telah menonjol keluar barulah anda mula menggomol biji kelentit beliau dengan lidah anda.

Begitu juga bahagian lain pada kemaluan isteri, seperti bibir faraj dan lubang faraj. Kata kunci di sini ialah isteri anda benar-benar bersedia. Jangan gelojoh.

 

 

foreplay1

  • Teknik Pancutkan Isteri Dengan Lidah

Bagaimana pula teknik lidah untuk pancutkan isteri, atau bagaimana menggunakan lidah untuk pancutkan isteri? Ada tak teknik lidah rahsia yang apabila anda lakukan boleh membuatkan isteri anda puas sehingga pancut

Jawapannya tiada.

Rahsia untuk membuat isteri anda pancut dengan lidah telah saya berikan di atas. Rahsianya ialah membuat isteri anda benar-benar bernafsu dan terangsang dengan lidah sebelum anda menujah. Jika isteri anda tidak bersedia sepenuhnya sebelum anda mula mendayung, beliau tidak akan pancut walaupun anda mendayung beliau selama 1 jam.

 

bfd3678e_shutterstock_136921427.xxxlarge_2x

Luangkan masa anda untuk meningkatkan ghairah isteri anda dengan lidah sebelum mendayung. Jangan gelojoh dan mengabaikan proses foreplay atau pemanasan sebelum persetubuhan.

Ini amat penting untuk membuatkan isteri anda puas dalam aktiviti seks.

Advertisement