Ketahui 4 Senaman Untuk Kuatkan Otot Trapezius Anda

Apakah itu trapezius? Trapezius ataupun dikenali juga sebagai traps adalah bahagian otot berbentuk segitiga yang terletak di belakang badan, iaitu bermula dari sisi leher, tulang belakang hingga dasar tulang rusuk anda.

trapezius1350347779014

Otot trapezius ini membantu mengekalkan postur badan dengan betul dan mengelakkan sakit belakang. Justeru, amatlah penting untuk anda pastikan bahagian otot ini sentiasa sihat dan elok.

Melainkan anda sedang membina otot trapezius, itu anda kena bina di gym. Tetapi, untuk sekadar nak kuatkannya sahaja, cukup dengan melakukan beberapa senaman ringkas.Nak tahu caranya? Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Shoulder blade squeeze

bn22_squeeze_jpg

Mulakan langkah dengan berdiri betul iaitu postur tulang belakang yang tegak dan lurus. Kedua belah tangan di sisi anda. Perlahan-lahan rapatkan tulang belikat anda dan tahan untuk tempoh 3 saat. Renggangkan, kemudian ulang lagi 10 kali.

2. Shrug

depressed-scapula

Shrug ini bolehlah diterjemahkan sebagai aktiviti angkat bahu. Menurut Kovaks, mengangkat bahu ini adalah perkara biasa dan mudah untuk dilaksanakan, dan ia adalah salah satu latihan terbaik untuk mengaktifkan trapezius.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berdiri tegak dan mengangkat bahu ke atas setinggi yang boleh. Ulang sebanyak 10 kali.

3. Upright Row

Aktiviti ini anda lakukan seolah-olah anda sedang mengangkat barbell. Berdiri tegak. Kemudian angkat kedua belah tangan anda dan kepakkan bahagian siku semampu boleh, sehingga lengan boleh mencapai bahagian dagu anda. Ulang 10 kali.

4. Push up

Push_Up

Perkara yang paling basic dan rata-rata orang tahu cara nak lakukannya. Anda boleh lakukana apa-apa jenis push up asalkan anda mengikut langkah yang betul. Untuk mengetahuinya, anda boleh juga lihat 7 rules yang anda perlu tahu sebelum lakukan push up.

Ini adalah sebahagian sahaja cara senaman. Bagi mempelbagaikan senaman anda, boleh juga cuba cara seperti di dalam video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=9Fk29Smvd6I

 

Sumber