Ketahui Punca Sakit Tekak dan Gejala Tonsilitis yang Anda Perlu Tahu!

Arghh!!! Sakitnya tekak aku nieh! Macam nak tercabut weh!

Pasti ramai yang dah terkena masalah ini, sakit tekak. Nampak macam biasa jer, tapi bila dah terkena, azabnya diri sendiri sahaja yang tahu. Sebenarnya, sakit tekak ini adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

1118

 

Masalah sakit tekak ini sangat mudah berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda. Biasanya, apabila dah terkena sakit ini, ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak dan lagi teruk kesakitan bila nak menelan.

Sebab apa boleh jadi masalah ini? Sakit tekak biasanya disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria 

Bakteria yang bernama Group A Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak. Tanda- tanda jangkitan bakteria ini adalah:
  • demam panas
  • kelenjar bengkak
  • kurang selera makan
  • keletihan

Perlu diingat, bakteria ini sangat bahaya kerana boleh menyebabkan penyakit lain hinggap kepada anda seperti scarlet fever, penyakit jantung rheumatik dan keradangan di bahagian buah pinggang.

infografik_sakit_tekak.001

2. Jangkitan virus

tc

 

Kebanyakan masalah sakit tekak ini berpunca daripada pelbagai jenis virus contohnya Epstein Barr yang menyebabkan demam dan bengkak pada kelenjar di leher. Virus-virus ini juga mengambil masa beberapa hari untuk hilang.

3. Kelenjar limfa membengkak

Biasanya kelenjar limfa ini membengkak di bawah rahang dan leher.

4. Tonsilitis

Pos_strep

 

Juga boleh dikategorikan sebagai keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku sekiranya banyak kerosakan pada tonsil. Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan dan menyebabkan sleep apnea dan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya.

Antara gejala tonsilitis ialah:

  • Tekak bengkak dan merah
  • Ada tompokan putih pada tonsil
  • Sakit tonsil
  • Sukar atau sakit untuk menelan
  • Sakit kepala
  • Demam dan menggigil
  • Hilang suara
  • Sakit perut
  • Mulut berbau

Jadi, untuk mereka yang dah rasa-rasa macam nak sakit tekak, boleh segera berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi parah!