Menteri Sarankan Pergi ‘Dating’ Lepas Kahwin Untuk Elak Cerai

Selalunya masa bercinta je pergi dating, tapi lepas kahwin semua perkara romantik hilang.

Jika anda mula rasakan perkahwinan anda goyah, apa kata ajak pasangan untuk pergi dating macam masa bercinta dulu walaupun sudah berumah tangga.

Itu antara saranan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Selain itu pasangan berkahwin juga digalakkan menghadiri kursus mengurus kemarahan untuk mengurangkan kadar perceraian yang semakin tinggi.

FAKTA: Usia perkahwinan hanya bertahan selama 5 tahun sahaja

Couple having a discussion in the kitchen

Satu pertiga perkahwinan yang bertahan selama lima tahun pertama akan berakhir dengan perceraian dan ia berada di tahap yang membimbangkan.

“Kita juga ada program untuk menggalakkan suami dan isteri pergi ‘dating’.

“Jangan ‘dating’ dengan orang lain, ‘dating’ dengan suami atau isteri anda. Dan bila pergi ‘dating’, jangan bawa anak,” katanya.

Pasangan banyak bercerai kerana sudah lupa “asas-asas” bercinta seperti “keluar ‘dating’, berbulan madu, dan sebagainya”.