Air Liur “Pelincir” Selamat

BANYAK pasangan di luar sana mempunyai masalah ‘kekeringan’ ketika melakukan persetubuhan.

Ini bermaksud pasangan wanita tidak mengeluarkan cecair faraj untuk memudahkan zakar pasangan memasuki faraj serta melakukan hubungan kelamin dengan mudah.

 

sex-750x400

Seharusnya, jika wanita itu teruja seksual, anggota kelamin mereka akan menerima kemasukan darah yang banyak dan membuatkan bibir kecil dan besar faraj menebal.

Kemudian, bahagian antara bibir kecil atau ‘vestibule’ akan menghasilkan rembesan cecair yang menjadi pelembap atau pelincir bagi kemasukan zakar.

Jika perkara ini tidak berlaku, maka pasangan terbabit tiada jalan lain dan perlu menggunakan pelincir tiruan untuk memudahkan dan memberi keselesaan ketika mengadakan hubungan kelamin.

Malahan, ada pelbagai jenama dan jenis bahan pelincir dijual untuk kegunaan pasangan bermasalah seperti ini.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa penggunaan bahan-bahan pelincir memberikan kesan sampingan kepada pasangan itu.

Sesetengah ramuan bahan terbabit mengubah keasidan faraj dan membuatkan mukosa faraj mudah terdedah kepada jangkitan kulat yis.

 

 

1297383085395_ORIGINAL

Namun demikian, disarankan pasangan yang bermasalah, hentikan sementara penggunaan pelicin ini.

Lebihkan proses pemanasan terhadap pasangan dan jika perlu, rangsang anggota kelamin isteri menggunakan mulut supaya rembesan dipertingkatkan sebelum anda menyalurkan ereksi.

Air liur dan rembesan faraj tidak mengganggu sperma!

Walau apapun, pasangan seperti ini perlu berjumpa doktor dengan segera dan selesaikan masalah berkenaan.

 

64485091335753638d49bb43c

So… anda bagaimana… Paling senang guna air liur je lah… Murah dan selamat!!!!..