5 Tips Untuk Malam Pertama Yang Sempurna


- 25 Apr 16
View 7,977 : Today 1

Pada post kali ini saya ingin berkongsi khusus buat anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ianya berkaitan topik yang anda (terutama buat si bakal suami) tunggu-tunggu. Topik yang saya maksudkan ialah soal Malam Pertama.

Advertisement

Malam Pertama merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baru. Ketika malam tersebut, bakal tercipta satu detik bersejarah buat diri anda. Anda setapak lagi kehadapan dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kemanisan dalam hubungan perkahwinan.

Penting untuk setiap bakal pengantin baru untuk melengkapkan ilmu berkaitan hubungan seks di malam pertama ini agar anda berdua nanti mampu mengecapi kebahagiaan dan kepuasan bersama di malam tersebut.

Berikut saya kongsikan bersama anda 5 tips yang boleh anda ikuti dalam persiapan anda untuk menempuh malam pertama pengantin anda nanti …

TIPS 1: Bersiap dari segi mental.
Aspek mental dan psikologi amat penting dalam anda menempuh malam pertama anda. Ini kerana, jika anda belum benar-benar bersedia dari segi mental, seluruh tubuh anda tidak akan bersedia dan ada kemungkinan besar tidak akan mampu mencapai kepuasan yang diidam-idamkan. Hal ini terutamanya untuk pihak isteri. Jangan risau, malam pertama bukanlah malam sengsara anda. Tenangkan diri dan nikmatinya dengan penuh ketenangan.

TIPS 2: Keadaan fizikal anda yang tip-top.
Untuk memastikan anda bersedia dari segi fizikal, pastikan anda mempunyai tenaga dan masih boleh larat untuk beraksi ketika malam perama anda. Jika anda rasa penat kerana sibuk ketika majlis perkahwinan anda berlangsung, anda boleh tunda malam pertama anda pada malam-malam berikutnya selepas hari pernikahan anda. Tak semestinya malam pertama anda adalah pada malam hari perkahwinan anda. Lebih baik anda benar-benar mempunyai tenaga dan telah mendapat rehat yang secukupnya, barulah anda boleh mulakan hubungan intim malam pertama anda.

TIPS 3: Ilmu telah cukup di dada.
Malam pertama pengantin merupakan pengalaman kali pertama anda melakukan hubungan seks bersama insan tercinta anda. Ia bagaikan anda pergi ke suatu dunia yang baru. Oleh itu, penting untuk anda cukupkan dengan ilmu-ilmu yang betul agar pelayaran malam pertama anda akan berakhir dengan sempurna. Anda boleh lengkapkan diri dengan ilmu berkaitan malam pertama ini contohnya dengan membaca ebook Indahnya Malam Pertama Pengantin.

TIPS 4: Mulakan dengan belaian manja.
Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.

TIPS 5: Panjangkan tempoh foreplay, lagi lama lagi bagus.
Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

 

Harap malam pertama anda menjadi lebih bahagia dan sempurna jika artikel ini membantu dan bermafaat kongsikan kepada rakan-rakan anda di Facebook dan tinggalkan komen anda mengenai artikel ini.

Advertisement