Dementia: Gejala Gangguan Mental Yang Ramai Tidak Tahu!


- 27 Apr 16
View 645 : Today 1

Kalau sebut tentang alzheimer, pasti ramai yang tahu tentang penyakit ini. Tetapi, kalau mengenai dementia, mungkin ramai yang tidak mengenalinya.

Advertisement

Dementia ini bukanlah sebuah penyakit, tetapi lebih kepada gejala beberapa penyakit yang melibatkan bahagian otak seperti alzheimer dan beberapa kelainan pada otak. Ia boleh ditakrifkan sebagai suatu sindrom degeneratif progresif pada otak yang mempengaruhi penurunan fungsi pada daya ingat, berfikir, perilaku dan emosi.

brainatrophy-wikipediacommons

 

 

Bagaimanakah gejala ini boleh berlaku?

Terdapat dua jenis dementia iaitu yang boleh dipulihkan dan yang tidak boleh dipulihkan, dan setiap daripada dua jenis ini mempunyai sebab tersendiri mengapa ia boleh berlaku.

Antara punca terjadinya jenis dementia yang boleh dipulihkan ialah:

  • Penyalahgunaan zat kimia dalam jangka masa yang panjang, contohnya seperti yang terdapat dalam makanan fastfood.

4

  • tumor otak.
  • Subdural hematoma atau pendarahan di kepala pada rongga subdural.
  • thyroid abnormalities atau kelenjar tiroid yang abnormal.
  • Kurang vitamin dalam badan, terutamanya vitamin B12.
  • Hypoglycemia atau gejala gula kurang dalam darah.

gula-darah-tinggi

  • Hydrocepalus atau keadaan di mana ventrikel otak membesar sehingga dapat menyebabkan hilangnya ingatan.
  • Kerap tidur iaitu tidur melebihi 6-7 jam bagi orang dewasa.

Ini pula adalah adalah penyebab dementia yang tidak dapat dipulihkan kembali:

  • Alzheimer… Punca utama terjadinya dementia kepada seseorang. Biasanya terjadi kepada warga emas berumur 65 tahun ke atas.
  • Dementia Vaskular… Terjadi kerana terdapat kerosakan otak akibat aliran darah kurang menuju ke bahagian otak. Biasanya terjadi kepada penghidap tekanan darah tinggi dan yang pernah mengalami stroke atau serangan jantung.
  • Dementia Lewy Body… Gejala utamanya ialah seseorang akan mudah mengalami halusinasi visual dan gejala parkinson seperti getaran pada tangan  dan otot kaku.
  • Dementia Frontotemporal… Terjadi disebabkan oleh sel-sel otak yang berada pada temporal lobe dan frontal mengalami penurunan fungsi dan mengakibatkan sukar untuk berfikir, menumpukan perhatian dan bergerak.

Sekarang, mari kita lihat gejala atau petanda awal seseorang itu menghidapi dementia:

1. Hilang ingatan

Antara gejala paling umum bagi penghidap dementia, iaitu gangguan ingatan seperti mudah lupa kunci letak di mana, mudah lupa nama rakan atau keluarga dan lupa tarikh.

Alzheimer's disease, conceptual image. --- Image by © CRISTINA PEDRAZZINI/Science Photo Library/Corbis

2. Sukar melakukan aktiviti seharian

Biasanya orang yang mengalami dementia akan sukar melakukan aktiviti yang selalu dilakukannya dengan mudah seperti mencuci baju, mandi, mengira duit dan sebagainya.

3. Kesukaran berkomunikasi dan mencari kata kata yang tepat 

Penghidap dementia akan mula sukar untuk mencari kata-kata yang tepat bagi menerangkan sesuatu dan lebih parah apabila penghidap jadi frust dan mudah marah.

4. Disorientasi

Antara tanda-tanda lain ialah akan mengalami kebingungan seperti bingung di mana dia berada, jalan balik ke rumah bagaimana dan pada hari apa dia berada sekarang.

iStock_000024078559_Medium

5. Sukar memahami sesuatu

Contohnya sukar untuk membaca, mengukur jarak, tak dapat nak bezakan nilai wang, simbol yang terdapat pada jalan raya dan sebagainya.

6. Perubahan personaliti dan emosi

Mereka juga mungkin akan berubah daripada seorang yang riang kepada orang yang pendiam dan sentiasa bingung dan juga kehilangan minat terhadap hobi atau perkara yang mereka pernah minati dahulu.

7. Mengalami anxiety dan depresi

Tanda-tanda awal juga ialah anda mungkin akan sentiasa resah, bimbang dan sentiasa dalam kemurungan.

Anxiety

Jika anda mengalami petanda-petanda ini, cepat-cepat pergi jumpa doktor ya!

 

Sumber

 

Advertisement