3 Teknik Hot Menggoda Isteri Anda

Lelaki kadangkala keliru dan tidak tahu bagaimana hendak menggoda isteri mereka. Akibatnya, permintaan seks mereka sentiasa di tolak atau jika dapat pun, respon dari pihak wanita sangatlah lemah. Untuk menikmati hubungan seks yang menarik, anda perlu tahu bagaimana hendak menggoda isteri anda.

Berikut adalah tiga rahsia teknik menggoda yang anda boleh ikut:

Eye contact yang menggoda.

Wanita selalunya tidak mampu melawan eye contact dari seorang lelaki. Eye contact adalah godaan peringkat pertama. Wanita akan bertentang mata dengan lelaki yang menarik minatnya. Ia bergantung pada lelaki bagaimana hendak menerimanya. Namun, sebagai lelaki anda perlu pandai menyerang pasangan anda.

Setiap hari, anda bertentang matanya dan menciumnya di dahi sebelum keluar ke tempat kerja. Apabila pulang dari tempat kerja, goda pasangan anda dengan renungan mata. Jika dia sedang masak, anda ambil kerusi dan duduk sambil melihat pasangan anda memasak. Pasangan anda mula rasa tergoda apabila dia memulakan perbincangan bersama anda. Anda sambung renungan ketika makan dan ketika berehat di ruang tamu.

Jika teknik renungan anda berjaya, pasangan anda akan rasa tarikan seksusal yang sangat tinggi dan malam tersebut mungkin menjadi malam yang anda tidak dapat anda lupakan.

Wanita tidak suka di goda dalam keadaan sedar.

Anda goda pasangan anda melalui jalan tidak sedar iaitu pasangan anda tidak perasan anda sedang menggodanya. Contohnya, anda tegapkan badan anda dengan pergi ke gym. Berbekalkan badan yang tegap dan seksi, anda dehgan bersahaja menanggalkan pakaian anda dengan gaya maskulin di hadapan isteri anda ketika anda ingin mandi atau menukar pakaian. Perlakuan anda sebegini sudah mampu ‘menggoncang’ dan membuak-buakkan nafsu ghairahnya terhadap anda.

Goda isteri anda dengan memberi dia hadiah.

Setiap hujung bulan, belikan hadiah kecil seperti coklat, bunga atau kad – kad cinta. Pada hari anda dapat gaji, tak salah untuk belanjakan sikit untuk hadiah bagi mengikat tali kasih-sayang anda berdua. Biarpun sudah berkahwin, perasaan bercinta jangan anda hilangkan. Ketika anda bercintalah, anda sangat bernafsu pada pasangan anda, begitu juga dengan pasangan anda. Hidupkan suasana cinta dalam hidup anda dan anda pasti akan menerima respon yang positif dalam hubungan seks.

Sumber