3 Jenis Urutan Asmara Sebelum Hubungan Intim

Memang tidak dapat dinafikan lagi, hidup berumahtangga selepas perkahwinan bersama insan tercinta merupakan satu saat yang paling manis dalam hidup anda. Hidup anda akan menjadi lebih indah dipenuhi dengan belaian dan kasih-sayang yang pasangan anda berikan kepada anda.

Waktu anda bersama ketika ingin menjalin hubungan intim merupakan satu detik yang harus anda manfaatkan bersama. Anda tidak seharusnya hanya fokus untuk secara terus melakukan hubungan seks. Banyak lagi yang boleh anda lakukan sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Contoh yang boleh anda lakukan ialah urutan asmara.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan bersama anda 3 jenis urutan asmara yang boleh anda lakukan bersama pasangan anda di mana ia boleh dijadikan sebagai mukadimah sebelum aktiviti seks anda berdua.

Perkara pertama ialah anda haruslah pastikan anda berdua berada dalam keadaan yang tenang dan tidak terburu-buru. Anda boleh pasangkan muzik romantik berentak perlahan atau pasang lagu-lagu cinta.

Mulakan dengan mengurut bahagian kaki pasangan anda. Gunakan jari-jemari tangan anda untuk mengurut celah-celah jari-jari kaki pasangan anda. Gunakan minyak urutan yang beraroma wangi dan menyenangkan. Akhir sekali, gosok tapak kaki pasangan anda menggunakan ibu jari anda hingga dia boleh menjadi benar-benar ghairah untuk meneruskan ‘aksi’ yang seterusnya ?

Mengurut kaki boleh melancarkan perjalanan sistem peredaran darah tubuh anda. Ini boleh membuatkan diri anda rasa lebih bertenaga dan akan lebih berasa nikmat serta puas ketika melakukan seks kelak.

Berikut adalah 3 jenis urutan yang dimaksudkan tadi:

  • Urutan Refleksologi: Urutan jenis ini dimulakan pada bahagian hujung jari kaki pasangan anda hingga ke bahagian buku lali dia. Ulangi beberapa kali, gerakan urutan turun dan naik sehingga pasangan anda berasa benar-benar selesa dan tenang. Difahamkan urutan jenis ini boleh membuang toksik berlebihan dalam tubuh badan kita.
  • Urutan Aromaterapi: Anda gunakan minyak aromaterapi untuk mengurut seluruh badan pasangan anda. Ianya dapat memberi kesegaran dan mengurangkan rasa sterss akibat bekerja seharian suntuk.
  • Urutan Cakar Harimau: Isteri mengurut tengkuk suami dengan penuh kasih-sayang. Seterusnya lakukan urutan pada bahagian bahu hingga lengan dia. Percayalah, pasti suami anda akan lebih menyayangi anda setelah selesai anda lakukan urutan jenis ini.

Untuk menjadi lebih adil dan rasa nikmat dapat dirasai bersama, pastikan anda berdua lakukan urutan-urutan ini secara bergilir-gilir. Elakkan satu pihak sahaja yang ‘bekerja keras’.

Sumber

Leave A Reply