4 Tips Untuk Mula Berniaga Online Menurut Dr Azizan Osman

Online bisnes adalah perkara yang paling ‘in’ zaman ini. Dari buah sampaikan ke cadar, semua ada dalam online bisnes. Tapi tahukah ada cara mudah untuk mula bisnes online menurut kata pakar ‘online marketing’ Dr Azizan Osman.

Berikut adalah 4 Cara Mula Online Bisnes Yang Paling Mudah

 

1-Tak Payah Buat Produk Sendiri

Nak buat produk sendiri, modal besar. Jadi apa alternatif yang ada adalah jual produk orang lain. Tapi haruslah pilih produk yang jenama memang kukuh. Dan produk yang berkesan.

Kenapa perlu jenama yang kukuh? Sebab jenama atau ‘branding’ memberi ‘first impression’ kepada bakal pelanggan. Contoh jenama Coach, bila dengar pun anda akan rasa hebat, dari jenama Ciku. Sudahlah tak pernah dengar, bertambah tak yakinlah bakal pelanggan nak beli.

Nak buat produk sendiri, modal besar. Jadi apa alternatif yang ada adalah jual produk orang lain. Tapi haruslah pilih produk yang jenama memang kukuh. Dan produk yang berkesan.

2-Fikir Untung

Antara kesilapan ramai usahawan adalah mereka mengambil risiko tinggi untuk memulakan perniagaan. Ya berani itu penting. Tapi kalau ianya mengakibatkan kerugian, bukankah tidak berfaedah. Jadi, sebaiknya fikirkan keuntungan dahulu.

Untung di awal mula bisnes online tidak perlulah besar. Asalkan ianya konsisten bertambah, ia adalah petanda yang baik.Bayangkan jika anda usaha sikit pun sudah dapat untung, apatah lagi kalau anda gandakan usaha. Maka berganda-gandalah keuntungan.

dapat duit secara online, peluang perniagaan online, jadi ahli shaklee, cara mudah cari duit, jana pendapatan tanpa modal, peluang kerja di rumah, kerja sampingan dari rumah, kelebihan menjadi ahli shaklee, daftar shaklee, daftar shaklee online, cara daftar ahli shaklee

3-Modal Bisnes Yang Rendah

Tak perlu ambil risiko buat pinjaman bank sebab nak berniaga. Kita mulakan dengan apa yang kita mampu. Contoh anda ada RM100, anda boleh buat modal untuk beli shawl dan jual secara online. Tak perlu ada kedai sebenar. Cukup kedai di online blog ataupun Fan Page Facebook.

4-Risiko Rendah

Mulakan bisnes online dengan cara dan risiko yang rendah. Lebih rendah risiko, lebih baik untuk anda yang baru mula meniaga. Bayangkan jika anda sudah beli stok ribu RM, setelah berpenat lelah berbulan-bulan promote di online, stok masih tak jalan. Risiko anda bungkus kedai online adalah lebih besar. Sebaiknya pilih bisnes yang tak memerlukan anda menyimpan stok. Tiada stok bermakna risiko bisnes anda adalah rendah.

Hanya dengan 4 cara mudah mula bisnes online membuatkan anda menjadi usahawan online yang berjaya. Lengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu dan seni bisnes online. Bodoh atau kurang ilmu membuatkan bisnes online anda melingkup. Dan selebihnya Just Do It dan binalah ikatan yang baik dengan bisnes partner anda yang terbesar iaitu Allah.