Lelaki Miliki Alat Sulit Sepanjang 1 Inci, Sukar Lakukan Seks


- 29 Apr 16
View 3,688 : Today 1

Alat sulit lelaki sepanjang 1 inci??? Adakah itu alat sulit kanak-kanak? Tidak, alat sulit yang mempunyai kepanjangan 1 inci ini berlaku kepada setiap seorang daripada 125 lelaki di seluruh dunia.

Advertisement

Keadaan ini dikenali sebagai hypospadias. Malah dianggarkan 1,500 pembedahan telah dijalankan bagi membetulkan keadaan itu di Britain, setiap tahun.

sadasd

Steve Baker, 69 merupakan seorang peladang mempunyai zakar sepanjang 1 inci. Walaupun sudah melakukan pembedahan tetapi ia mendatangkan lebih banyak masalah kepadanya.

Dia kemudiannya bercinta dengan kakak kepada kawan baiknya sendiri dan berkahwin.

Mereka mempunyai dua anak lelaki namun perkahwinan itu tidak kekal lama dan bercerai pada 2001.

“Kami tidak ditakdirkan untuk bersama, seks amat sukar,” katanya.

Sejak itu, Steve tidak lagi menjalinkan hubungan yang `sempurna’. Dia kini sudah bersara dan menikmati aktiviti seperti mendaki, berbasikal dan bermain badminton

Advertisement