5 Manfaat Hubungan Seks Untuk Kulit dan Rambut

Pasti Anda sudah mengetahui seks boleh membuatkan kulit lebih bersinar. Namun apa penyebabnya,?

Seperti aktiviti lain, seks membantu meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan aliran oksigen ke kulit, dan organ tubuh lainnya. “Dorongan sirkulasi ini yang membuat kulit jadi lebih cerah dan bercahaya,”menurut  doktor pakar kulit,Dr. Joel Schlessinger.

 

Kulit nampak lebih muda

Stress boleh menurunkan kondisi kulit seseorang kerana hormon stres iaitu kortisol berkait dengan kehadiran kedutan . Hubungan seksual yang mencapai orgasme boleh mengurangkan kesan buruk yang disebabkan stress.

“Ada banyak bukti yang menunjukkan hormon estrogen yang dilepaskan pada saat orgasme meningkatkan kadar kolagen yang membuat kulit lebih anjal,” menurut Schlessinger.

Rambut dan kuku lebih kuat

Kebaikan seks bukan hanya untuk kulit, tapi juga rambut dan kuku. “Pelbagai kajian menunjukkan seks mampu meningkatkan kemampuan tubuh dalam menyerap nutrisi lalu meningkatkan kadar matabolisme tubuh.. Peningkatan nutrisi vitamin dan mineral juga  membuatkan rambut lebih sehat dan kuku lebih kuat,” kata Schlessinger.

Kualiti tidur lebih baik

Selepas hubungan seks, tubuh  akan menghasilkan hormon oksitosin yang membuat perasaan anda jadi lebih tenang. Hal ini akan membuatkan  anda rasa mengantuk sebaik sahaje selasai dan secara tidak langsung membuatkan tidur anda lebih berkualiti dan badan akan lebih segar apabila bangun.