7 Tanda Menunjukkan Anda Seorang Yang Ketagih Beronani

Beronani atau istilah yang kerap digunakan dalam masyarakat kita, melancap bukanlah perkara asing bagi kaum lelaki mahupun wanita tanpa mengira peringkat umur. Ia bolehlah diistilahkan sebagai perbuatan merangsang diri sendiri untuk kepuasan seks.

Bagi lelaki, rata-ratanya menggunakan tangan dan cecair pelincir dan mungkin juga sebahagiannya menggunakan alatan seks. Untuk wanita pula, mereka kerap menggunakan jari dan yang lagi rareĀ menggunakan benda yang tak sepatutnya seperti timun dan terung!

1452231122274147366

Pelbagai keburukan sudah dikenalpasti dan dibincangkan mengenai aktiviti beronani ini seperti yang anda boleh baca dalam artikel ini, tapi malangnya ramai yang masih lakukannya. Bermula dengan saja-saja akhirnya ketagih.

Terdapat beberapa ciri menunjukkan seseorang itu kerap beronani.

Jika anda rasa tanda-tanda tersebut ada pada anda, berusahalah mengubahnya.

 

Antara tanda-tandanya ialah:

1. Menjadikan onani sebagai pelampias nafsu

masturbation-man

Zaman moden kini memang pelbagai sumber menyebabkan nafsu cepat terangsang. Justeru, ini menyebabkan emosi tidak stabil dan perlukan sesuatu untuk dilepaskan nafsu itu. Jika anda cenderung dan kerap melepaskan emosi tak stabil itu dengan beronani, itu menunjukkan anda sudah ketagih.

2. Sakit pada kemaluan

Man covering groin with hands, outdoors, close-up

Aktiviti beronani melibatkan rangsangan yang kuat secara terus menerus pada bahagian penis anda dan jika terlalu kerap, ia akan menyebabkan kulit di bahagian tersebut mudah melecet dan pembuluh darah juga rosak. Jadi, kalau anda kerap rasa sakit pada kemaluan, sahlah anda adalah pelancap yang tegar.

3. Kurang kepercayaan diri

shy-guy-how-to-ask-out-girl-syhag-so-you-have-a-girlfriend

Menurut kajian, orang yang kerap beronani ini akan mudah berasa malu dan rasa rendah diri apabila berada dalam kalangan masyarakat, lagi-lagi dengan berlainan jantina. Ini adalah kesan daripada aktiviti tidak sihat itu yang menyebabkan emosi dan mental terganggu.

4. Kesepian

wVgGdnV

Jika anda selalu rasa sepi, malas bersosial, tak suka berteman, malah menjadikan aktiviti beronani sebagai “teman” anda, itu menandakan anda telah ketagihan untuk beronani. Ini adalah disebabkan oleh kesan daripada hormon dopamin yang dikeluarkan ketika syahwat memuncak.

5. Hubungan dingin dengan pasangan

072642_ejakulasi2

Bagi pasangan suami isteri, hubungan kelamin adalah lebih memuaskan berbanding onani. Tetapi, jika anda rasa tidak puas dengan hubungan intim bersama isteri dan melepaskan nafsu dengan melancap pula, itu menandakan anda sudah ketagih dengan onani.

6. Tak boleh tidur kalau tidak beronani

Tanda-Pria-Sering-Onani

Kebiasaannya aktiviti tak sihat ini dilakukan ketika mandi atau dalam tandas. Namun, ada juga yang minat melakukannya di atas katil sebelum tidur dengan membayangkan wanita-wanita seksi atau menonton video lucah. Terlalu kerap beronani sebelum tidur akan menjadikan ia sebagai kebiasaan dan tak boleh tidur tanpa beronani terlebih dahulu.

7. Obses dengan onani

Penikmat-Onani--Ini-Bahaya-Onani

Ada orang yang obses dengan makanan yang sedap-sedap, maknanya terlalu gemar dengan makanan sampai setiap masa mahu cari makanan sahaja. Begitu juga dengan orang yang sudah obses dengan beronani, mereka tak boleh dalam sehari tanpa memikirkannya. Asal ada masa lapang, kerja nak mengurut “adik” sahaja.

“Wahai para pemuda, apabila siapa diantara kalian yang telah memiliki ba’ah (kemampuan) maka menikahlah, kerena menikah itu menjaga pandangan dan kemaluan. Bagi yang belum mampu maka puasalah, karena puasa itu sebagai pelindung” (Muttafaqun ‘alaih)