10 Kebaikan Yang Terselindung Dalam Serai Yang Ramai Tak Tahu!


- 3 May 16
View 2,274 : Today 1

Serai adalah sejenis tumbuhan herba malar hijau dengan bentuk yang nipis serta berdaun panjang seringkali kita nampak ditanam di belakang rumah. Ia ini dipercayai berasal dari kawasan tropika seperti di Malaysia, Indonesia dan China. Tumbuhan ini juga selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia.

Advertisement

gambarpokokserai

Kandungan nutrisinya yang pelbagai, contohnya vitamins A dan C, folate, asid folik, magnesium, zat besi, zinc, potassium, phosphorus dan calcium menjadikan serai sangat berkhasiat untuk tubuh manusia.

Berikut adalah di antara manfaat kesihatan yang terkandung dalam serai:

1. Membantu sistem penghadaman

Serai dapat menggalakkan sistem penghadaman yang sihat. Ia mempunyai sebatian antiseptik yang berkesan membunuh bakteria jahat dan parasit dalam saluran pencernaan dan menyediakan bakteria baik di dalam kolon.Ini dapat membantu untuk merawat masalah kesihatan penghadaman seperti masalah pencernaan, sembelit, pedih hulu hati, cirit-birit, kembung perut, muntah dan kekejangan.

Untuk saluran penghadaman yang sihat, anda boleh cuba minum teh serai secara berkala.

2. Mengawal tahap kolesterol

shutterstock_57921664

Buat mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, serai dapat membantu anda mengurangkan penyerapan kolesterol dari usus kerana ia anti-kolesterol dan anti-aterosklerosis. Kandungan kalium yang tinggi dalam serai juga membantu untuk mengurangkan dan mengawal tekanan darah.

3. Membersih dan menyahkan toksin

Pengambilan teh serai secara konsisten dapat membantu membersihkan dan menyahtoksik badan dari dalam badan anda. Ini kerana, sifat diuretik serai membantu membuang toksin, asid urik dan kolesterol tidak baik daripada badan dengan meningkatkan kekerapan dan kuantiti membuang air kecil.

4. Merawat selesema 

shutterstock_167145770

Serai adalah bersifat anti-bakteria dan anti-kulat yang membantu badan anda mengatasi batuk, demam dan gejala selesema. Selain itu, ia dimuatkan lagi dengan vitamin C yang meningkatkan sistem imunisasi badan anda untuk melawan sebarang jangkitan.

5. Melawan kanser

Penyelidikan di Universiti Ben Gurion, Israel, telah menunjukkan bahawa teh serai sangat membantu untuk melawan kanser. Komponen citral yang dijumpai dalam serai akan menyebabkan apoptosis dalam sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel sihat. Ringkasnya, ia akan menyebabkan sel-sel kanser terbunuh dengan sendirinya.

Selain itu, terdapat beberapa ciri-ciri antioksidan dalam serai yang juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser dengan memerangi radikal bebas.

6. Melegakan tekanan

28607738_400x300

Tumbuhan in juga mengaktifkan pengeluaran serotonin, iaitu bahan kimia dalam otak yang bagus untuk melegakan kemurungan dan tekanan. Kandungan citronella di dalamnya juga terkenal dengan kesan menenangkan pada minda dan badan, selain membantu anda mendapat tidur dengan lebih baik.

7. Mengekalkan kulit yang sihat

Untuk yang mengutamakan penjagaan kulit, serai adalah pilihan yang baik. Ciri-cirinya anti-bakteria, anti-septik dan anti-kulat dapat membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria atau mikrob pada kulit, seterusnya membebaskan kulit anda dari sebarang jangkitan atau kulat.

8. Mengurangkan bau badan

bau-badan-pengaruhi-langgengnya-hubungan

Kompenen kimia utama yang terdapat dalam serai iaitu citral adalah bersifat aromatik, sangat bagus untuk mengelakkan bau badan. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri anti-mikrob dan anti-bakteria yang membantu mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan dan memusnahkan serta menghalang mikro-organisma yang menyebabkan bau badan.

 

Serai bukan sahaja wangi, tapi menyihatkan!

 

Advertisement