Tips Fesyen Untuk Lelaki Pendek

Jika anda tergolong lelaki berketinggian di bawah 5’8″ yang sukar mencari fesyen sesuai, entri ini untuk anda. Sedikit sebanyak ia membantu anda berfesyen tanpa menjadi bahan ketawa orang sekeliling.

Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Bukan tidak boleh mengikut fesyen semasa tetapi kesukaran memilih pakaian yang benar-benar sesuai dengan fizikal yang rendah menampakkan anda kelihatan buruk sekali.

 

image (21)

Tip ringkas di bawah boleh dijadikan panduan supaya anda tidak lagi rendah diri dengan penampilan dek fizikal anda yang rendah.

 

TIPS FESYEN UNTUK LELAKI PENDEK

vertical-stripes-Shirts

SILA IKUT:

  • Anda tidak perlu mengenakan sut untuk menampakkan diri anda segak. Jika memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.
  • Pilih saiz ‘ngam-ngam’ dan sedap pada badan dan bukannya baju yang terlampau ketat jika tidak mahu nampak lebih ‘halus’.
  • Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga memberi perhatian. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.
  • Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan anda lebih rendah malah tidak terurus.
  • Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang saja.
  • Pilih baju T berleher V.

 

 

MPT007-01

JANGAN IKUT:

  • Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.
  • Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut anda sehingga jadi anda kurang selesa.
  • Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan anda lebih kecil dan seperti kanak-kanak.
  • Elak memakai dua lapis jaket.
  • Jangan simpan rambut panjang.
  • Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal anda yang rendah dengan ketara.

 

 

Biasakan diri dengan tukang jahit. Elak rasa malu berjumpa tukang jahit untuk meminta mereka melakukan sedikit perubahan pada pakaian anda.

Minta mereka sukat mengikut saiz tubuh anda. Butik seperti Banana Republic, Gap, Levi’s dan H&M merupakan antara butik yang boleh anda kunjung kerana boleh membantu anda memilih fesyen sesuai untuk tubuh badan anda yang rendah.