Tips 5S Untuk Anda Segar Sepanjang Hari

ANDA mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang bermaksud : “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Jika kita amalkan 5S ini, Insya Allah manfaatnya akan kita rasakan :-

 

TIPS 5S UNTUK ANDA SEGAR SEPANJANG HARI

m_zpsb4fa2c52

  • Subuh

Jangan sesekali tinggal solat Subuh dan lebih elok, setelah selesai bersolat, terus berwirid dengan bacaan zikir, Ma’thurat atau membaca al-Quran.

72238_521301314610410_1731533882_n

  • Senaman

Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

guystalkaboutsex-main

  • Sembang

Rupanya borak-borak pun boleh menghilangkan mengantuk. Selalu juga bersembang kalau ada sahabat yang turut tidak tidur selepas subuh. Tapi jangan pula sembang benda-benda yang lagha seperti mengumpat. Nanti pagi-pagi lagi sudah kumpul dosa.

 

201004-omag-man-sweeping-300x205

  • Sapu rumah atau sampah

Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu bentuk senaman.

 

 

  • Selesai atau Sempurna

Pastikan semua yang kita buat itu semuanya selesai. maklumlah, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergilah cari penyapu, konon-konon nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.